Ini bukan Cengkerang Mudah Lupa. |
Cengkerang, mens
rea dan Kutty
Cengkerang
ialah kulit keras yang melindungi hidupan air ― misalnya kura-kura dan
labi-labi (amfibia), udang, ketam,
kerang, belangkas, siput dan juga siput babi (crustacean). Ertinya kita boleh
melihat bagaimana cengkerang itu semacam ‘perisai besi’ yang diciptakan khas
oleh Yang Mencipta untuk melindungi batang tubuh segala hidupan (yang umumnya jauh
lebih lembik) daripada ancaman luar@musuh. Maknanya, untuk menjaga keselamatan
dan kelangsungan kehidupannya, makhluk-makhuk tidak terdaya seperti kura-kura,
belangkas dan siput babi ini, maka diciptaNyalah cengkerang. Untuk manusia-manusia lembik, apakah cengkerang
itu tengkorak, alat dan mekanisme untuk melindungi kepala (h)otaknya?
Bagi orang-orang
biasa yang tidak begitu arif dengan undang-undang seperti penulis ini, sesekali
kita membaca atau mendengar kes-kes jenayah diperkatakan dan ketika itu kita pun
temui istilah-istilah seperti motif dan pembelaan (defence). Misalnya, dalam kes Altantuya tersohor itu, katanya motif
pembunuhannya tidak ditemui? Di sini ada
semacam tragedi mati dibunuh tanpa diketahui sebab musababnya; kenapa wanita secomel itu yang dijanjikan komisen
membeli kapal selam dibunuh. Kita tidak
tahu bagaimanakah para pelajar undang-undang kita ‘membaca dan berhujah’
perihal kes bunuh tanpa motif dalam kes-kes bunuh seperti ini.
Di samping
itu, dalam memperkatakan kes-kes jenayah, sesekali ada yang mengungkapkan istilah seperti
mens rea. Untuk mengetahui makna Latinnya,
maka kita pun bukalah ‘kitab’ yang sesuai, misalnya A Concise Dictionary of
Law, Oxford University Press versi silam, tahun 1983 halaman 228, mens rea itu:
[Latin: a guilty mind] The state of the mind that
the prosecution must prove a defendant to have had at the time of committing a
crime in order to secure a conviction.
Mens Rea varies from crime to crime; it is either defined in the statue
creating the crime or established by precedent....”
2.0 Keadaan kepala (h)otak semasa jenayah dilakukan
Oleh kerana
bukti menunjukkan keadaan kepala (h)otak the
state of the mind, itu penting sebelum seseorang itu didapati bersalah,
makanya menjadi tidak ingat itu adalah salah satu kaedah untuk membela diri? Ya, sesiapa saja yang berkatakan bahawa dia
lupa kerana tidak ingat, maka dia sesungguhnya sukar dibuktikan bersalah?
Begitu?
Orang undang-undang
mungkin berfikir ― inilah jadinya pabila orang yang loyar buruk mahu bercakap
tentang undang-undang ― dia tak ubah seperti tikus melihat besi, semua hujah bukan
saja tidak tepat malah songsang. Apa pun,
keadaan ini tidak boleh menghalang orang biasa, a man-in-the-street, seperti
penulis untuk berfikir: Jika seseorang itu selalu berhujah bahawa dianya lupa kerana
tidak ingat, maka samalah dianya seperti kura-kura atau siput babi yang
sentiasa menggunakan cengkerang itu mempertahankan dirinya. Ertinya cengkerang-mudah-lupa itu adalah perisai
besi yang sangat ampuh dan berkesan?
Betulkah andaian yang begitu? Jika
betul begitu, lalu siapakah Bapa Siput Babi Terbesar negara ini?
No comments:
Post a Comment