Sunday, July 12, 2009

Terlambat namun tidak pernah terlambat





Telambat namun tidak pernah terlambat


Setiap sabtu, selama empat jam untuk sepuluh minggu mulai 18hb April 2009 kami berkumpul di kampus International Islam University Malaysia, Gombak untuk bersama-sama laoshi (guru) kami, Mr. Omar Ming Ke Qin. Dalam sesi ‘memanaskan hubungan’ kami semua ditanya, “Kenapa Mandarin?”

Tentunya semua ada jawapan masing-masing. Bagi saya soalannya sepatutnya, “Kenapa baru sekarang?” Benarlah seperti kata Mat Salleh, biarlah terlambat asalkan jangan sampai tak pernah sama sekali!

Pada Sabtu, 11 Julai 2009 kami pun berkumpul untuk menerima sijil tamat belajar masing-masing.

Sekarang ini di negara tercinta ini kita, rakyat juga sedang riuh rendah dengan pro dan kontranya PPSMI. Buat para penyokong kental pemikiran ala mantan seorang menteri perdana, kenapa menjadi bodoh-fanatik-sempit-akal sehingga meninggal dan membuang bahasa Inggeris? Bukankah para fanatik bahasa ibunda tidak mengetahui bahawa bahasa Inggeris itu bahasa dunia?

Agaknya ramai yang juga yang belum benar-benar sedar dan tidak akan pernah sedar bahawa bahasa itu budaya.

Seorang teman menceritakan pengalamannya di sebuah wad di kota metropolitan kita. Dia tersentak melihat telatah seorang anak (Melayu) tatkala melawat bapanya:

“How are you, dad?”

Yes, your dad must be feeling fine...fikir teman saya.

Adab itu termaktub dalam roh bahasa. Dan kita janganlah sampai jadi satu bangsa yang rakyatnya rata-rata bukan lagi manusia.

Sebelum berpisah, seorang teman sempat bertanya, “What’s next after this?”

“Mungkin Mandarin level 2. Kalau panjang umur aku nak juga tahu Tamil walaupun nenek moyangku belum tentu dari sana.”

“Ha..ha.. “ tawanya Quah Teong Keat berderai di panggung Eksperimental UIIM.

No comments: