Friday, August 21, 2009

Kata perangsang seorang pendidik

"Be the change you want to be in the world"

Begitulah kata-kata pendorongnya. Saya terkesan dengan ucapan penuh semangat ini. Dan kita tentunya teringat akan kisah seorang lelaki/insan yang begitu bernyala-nyala cita-citanya mahu merubah dunia ini. Di dalam kisah itu, dikatakan lelaki itu mempelajari tentang hakikat.. bahawa dia dilahirkan untuk merubah dunia ini. Seperti kita ketahui, usaha lelaki sejati yang mahu merubah dunia ini, tidak kesampaian.

Namun sebagai lelaki/insan sejati, dia pantang berputus asa. Khabarnya lelaki tersebut "membetulkan perjuangannya" dengan menguncupkan cita-citanya: Merubah negaranya. Cita-cita itupun tidak terdaya dilakukannya.

Kata sang empunya ceritera lagi, tatkala lelaki ini menanti saat-saat kematiannya barulah dia tersedar bahawa cita-citanya untuk merubah dunia, merubah negara dan merubah keluarganya ternyata gagal semuanya!

Tatkala itu, terlintaslah di benak lelaki yang sedang nazak itu, kenapakah tidak kufikir untuk membetulkan diriku terlebih dulu?

Terima kasih cikgu...kerana setia berpesan-pesan. Terima kasih.

Saya baru tersedar di mana saya harus bermula...

"Selamat Menyambut Ramadan". Sesungguhnya Ramadhan itu bukan bulan puasa.

2 comments:

Anonymous said...

Siapa agaknya?
Taklah salah kalau cita-cita begitu. Itulah pejuang yang sejati.

azizi

Phuah said...

Memang betul sekali.

Kalau kita tidak merubah diri dulu menjadi seorong insan yang baik dan berkeupayaan yang tiiggi,usaha usaha sejati yang hendak merubah negara , dan dunia akan sia sia sahaja.