Monday, January 25, 2010
Malang yang tidak berbau
Beginilah ayat-ayat mendebarkan pagi itu. Ya, pesanan ringkasnya (sms) Cikgu Annuar Asmadi: “Aslm. Ust azizi accident atas jambatan pp sebentar tadi.Dia di hospital pg. Perkembangan lanjut akan saya bagi tau”.
Semasa ku semak butiran sms, waktunya 8.50 pagi, 25/01/2010. Kira-kira beberapa saat kemudian, pesanan yang sama juga menerpa. Kali ini milik Dinsman.
Gementar juga menerima berita yang sebegini; ah, pagi-pagi buta begini... Minit dan jam yang berlalu terasa cukup menderakan. Seperti diduga Cikgu Asmadi telah mematikan telefon bimbitnya. Semuga tak ada yang serius berlaku...Marilah kita sama-sama doakan.
Syukurlah, semuanya tidak separah yang kita bimbangkan. Namun bagi Sdr. Azizi perisitiwa itu amat mengejutkan. “Betul-betul rasa macam mati hidup semula...”
“Semasa aku tengok dia datang dengan begitu laju di belakangku, aku tahu kereta ini pasti akan bantai belakang keretaku...” Bagi Azizi semuanya terjadi begitu pantas sekali.
“Aku terguling-guling entah berapa kali, aku pun tak tau, bila sedar-sedar kaki dah menghadap langit! Untungnya sepanjang musibah itu, aku masih boleh bertenang.”
Pelupuk matanya lebam. Katanya badan pun sudah terasa sakit-sakitan. “Ya, bera hentaman itu sudah mulai terasa...”.
Aku berada di Taman Bersatu, Kulim kira-kira jam 3 petang, 25 Jan 2010. Syukurlah, teman kita selamat dari petaka yang lebih parah. “Syukur”, demikian bunyi sms-sms Hasni dan Dinsman petang itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment