“Sebuah Rumah Kesenian di kaki Bukit Frazer
Terima kasih Ismas Saring, Presiden Persatuan Seni dan Sastera Malaysia (Sesama), kerana menjemput Paksi dan saya menghadiri majlis perasmian Galeri Seni dan Sastera Hulu Selangor, di Kuala Kubu Baru, pagi Ahad 14 Februari lalu.”
Dinsman dalam Wacana Budaya, Harakah.
Persoalan yang paling mencabar dalam mengurus prasarana seperti ini ialah pengisiannya yang berterusan selaras dengan matlamat yang dirancang. Sesungguhnya, ini bukanlah satu tugas yang mudah dan sederhana. Cabaran untuk mengurus program pengisian serta menyelenggara prasarana yang telah disediakan memerlukan komitmen yang besar daripada semua pihak yang terlibat.
Alangkah baiknya jika teman-teman seniwan kita dapat melaksanakan semua ini dengan mantap dan meyakinkan. Kita doakan agar matlamat penubuhan galeri tercapai.
Tahniah Sesama dan MDHS.

No comments:
Post a Comment