Tuesday, March 9, 2010

Kumpulan Esei Budayawan Bertindak


Sasterawan Negara A. Samad Said, dalam eseinya yang bertajuk, " Menanti Aksi Dari Seniwan" antara lain menulis:

" Perkembangan baru politik , ekonomi dan sosial merangsang malah memaksa saya untuk melihat sastera (bukan) hanya sebagai khazanah yang diam. Sastera boleh bersuara dan bertindak serentak di luar buku. Paling menonjol akhir-akhir ini ialah revitalisasi peranan Dinsman melalui karyanya - teks drama terbukti bukan teks diam. Terbukti pada Dinsman seni kata wajar diperkaya dengan seni tindak."

Terdapat 29 buah esei yang sangat rencam isinya: Dari lakaran nakal Zunar dan KD Altuntuyanya sehinggalah kepada Peradaban Melayu: Mengembalikan Takrif Sebenar (Prof Shaharir Mohamad Zain), "Boria - Satu Propangandis Kerajaan" (Anuar Asmadi) atau "Mari Berpindah Ke Alam Maya" (Prof Irwan Abu Bakar).  Pendek kata,  sungguh satu kepelbagaian yang unik!

Apa tidaknya, ada yang bersungguh-sungguh berhujah kenapa ISA itu perlu dan ada pula yang membentangkan kenapa Deklarasi Barcelona perlu diteliti baik-baik dan dihormati.

Sementara Pyan Habib begitu marah kenapakah anak-anaknya mesti menjadi mangsa PPSMI?  Kenapa? 

Saya mengajak kita belajar dengan hati yang bening, apakah benar pilihan raya yang akan datang itu akan menjadi lebih mudah buat rakyat menyatakan keresahan mereka?   Apakah padang permainan dalam pilihan raya itu benar-benar rata dan telus?  Jadi janganlah terlalu bermimpi.   Kuasa itu segala-galanya untuk sesetengah manusia.

Bak kata Dinsman dalam Wacana Budayanya yang terbaru, "Mereka peduli apa?"  Ya, penguasa dan niagawan peduli apa,  siapa pun yang berkata apa sekali pun.  Mereka tidak peduli.  Bagaimanakah caranya kita mahu hadapi gerombolan seperti ini?  Bagaimana?

Lalu, apakah pilihan kita?

Itulah di antara esei yang terdapat dalam "Kumpulan Esei Budayawan Bertindak - Menyokong Perjuangan A. Samad Said" terbitan sulung Seniman Paksi Rakyat (2010) setebal 217 halaman itu.


Untuk yang berminat memiliki buku ini, sila hubungi:

Dinsman (013-6362408) atau
Hasni Abas atau
Kassim Muhamad lewat blog ini.

Harganya (termasuk belanja pos): 

RM 30 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Saja) untuk keluaran berkulit lembut 

dan RM 40 (Ringgit Malaysia Empat Puluh saja) untuk edisi kulit keras.

Terima kasih.

No comments: