Wednesday, March 24, 2010

Putar Alam ( I )



Putar alam ― satu


Suatu pagi, abad ke 21, di sebuah pejabat pemborong yang amat tersohor dengan bisnes utamanya: Menjaga kemurniaan kaum, agama dan keharmonian negara.


Cif Satu: Berapa orang sub-con yang berminat?

Setiausaha Satu: Bukan berminat bos, tapi dikenalpasti. Dua bos. Satu Peju Wang Bangsa dan satu lagi Jago Agama.

Setiausaha Dua: Kenapa kita nak ‘sub’ kerja-kerja ini bos?

Cif dua: Kita perlu ubah strategi supaya lebih cepat masuki pasaran global. Kita mesti diversify.

Cif Satu: Jadi...bisnes menjaga kemurnian kaum, kita ‘sub’kan kepada calon-calon baru ― terutamanya kepada NGOlah. Boleh kita mula sekarang?


Semua angguk-angguk.

Maka, masuklah calon sub-con pertama.


Peju Wang Bangsa: Saya telah lama mempertahankan bangsa ini supaya terus murni, supaya tidak tercemar, diganggu-gugat oleh siapa saja...lebih-lebih lagi yang datangnya menumpang. Saya sentiasa pastikan....


Cif Satu: Nama syarikat borong tuan?


Peju Wang Bangsa: Sorry, ambo terlupa perkenal diri....dari Belukar Mas Extra Ordinary.

Cif Satu: Oooo, Tuan ini Katak Purulah, ya...

Peju Wang Bangsa: Ya...ya...ya.. betul tu...Itu title Ambolah tu.

Cif Satu: Saya Kutch, Kutch...Bila nak mula kerja? Kerja bela bangsa ni tak leh, lambat-lambat.

Peju Wang Bangsa: Ambo mula..selalulah.




No comments: