Seorang editor kanan sebuah akhbar lama (Melayu) menuduh Malaysiakini sebagai sumber masalah-masalah hari ini. Dia juga menggambarkan bahawa editor laman maya itu sebagai manusia yang kecewa. Editor kanan akhbar Melayu ini menyatakan demikian dalam konvensyen sehari BN di Shah Alam.
Kata editor itu lagi: “Mereka (Malaysiakini) telah menjadi popular. Tapi siapakah di belakang mereka?”
“Internet dipenuhi dengan pembohongan dan fitnah. Ia juga menyalakan sentimen perkauman di kalangan pelbagai kaum.” Demikian hujah editor ini kepada 1,500 wakil.
“Saya menggesa BN menggaji bloger mesra BN dan laskar siber untuk menyebarkan mesej-mesej pro-BN” demikianlah nasihat editor kanan lagi.
“Saya juga ingin menggesa BN, jika mungkin, mendapatkan (embrace) para bloger musuh sebagai laskar siber”
Kita tak perlu jawab bersusah payah untuk menjawab. Kita hanya petik apa kata manusia yang waras tentang tatasusila kewartawanan itu. Mungkin dengan ini beruk tidak lagi terlupa jerumun tempat dia berkubang dan mencari makan.
Mudah-mudahan begitulah jadinya.
Dalam buku “Belajar Menjadi wartawan” Jeniri Amir, (PTS Publications & Distributors) http://www.pts.com.my antara lain menyatakan bahawa:
“Untuk itu, wartawan perlu berpegang pada Tatasusila Kewartawanan Malaysia, 1989 dan Kod Perilaku Profesional Anggota Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM).
Kod itu adalah garis panduan sistematik yang menentukan peraturan dan mengawal tingkah laku anda sebagai wartawan, bukannya untuk mengongkong anda sebagai wartawan.
Kod itu menggariskan perkara yang sesuai dan tidak sesuai diamalkan bagi menjaga nama baik diri dan profesion. Anda perlu menghayati dan mengamalkannya supaya anda tidak tergelincir dari landasan.
Kewujudan kod etika itu akhirnya bertujuan meningkatkan profesionalisme dan kewibawaan anda sebagai wartawan.
Kod etika juga dapat membantu wartawan menghasilkan laporan yang objektif, adil, bertanggungjawab dan tepat.
Kod itu dapat membimbing wartawan ke arah tingkah laku dan tindakan yang bertanggungjawab ke atas diri, orang lain, bangsa, agama dan negara berteraskan kejujuran dan kebenaran.
Dengan sikap itu, wartawan dapat menentukan sama ada apa-apa yang dilakukannya wajar ataupun tidak, baik ataupun buruk, patut ataupun tidak patut, termasuk daripada segi cara mendapatkan berita, menulis dan mempersembah-kannya kepada pembaca."
No comments:
Post a Comment