Wednesday, April 7, 2010
Menyongsangkan berita
Bagaimana jika kita songsangkan berita tentang editor kanan itu begini:
Seorang editor Mkini menuduh Akhbar Melayu Antik, AMA sebagai sumber masalah-masalah hari ini. Dia juga menggambarkan bahawa editor AMA sebagai manusia yang frust. Editor Mkini menyatakan demikian dalam konvensyen “Kembalikan Maruah akhbar kita”.
Kata editor itu lagi: “Mereka (AMA) telah menjadi sangat tidak popular. Tapi siapakah di belakang mereka?”
“AMA dipenuhi dengan pembohongan, fitnah dan putar belit kebenaran. Ia juga menyalakan sentimen perkauman dalam kalangan orang-orang Melayu. ” Demikian hujah editor ini kepada 1,500 wakil.
“Saya menggesa rakyat memecat para wartawan AMA yang sanggup diperalatkan. Mesej-mesej benar mestilah ditegakkan” demikianlah nasihat editor kanan itu lagi.
“Saya juga menggesa seluruh rakyat jelata, berhenti membaca semua akhbar habuan perut!”
Labels:
analisis berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment