Thursday, April 8, 2010

Napoleon pun naik hanya sekali


Portal Malaysiakini dalam bahasa Melayu oleh Abdul Rahim Sabri membawa laporan seperti di bawah ini. Untuk makluman Malaysiakini telah dituduh oleh seorang editor kanan akhbar arus bolak balik sebagai penyebab masalah dalam masyarakat:


“Jangan letak calon yang bermasalah...”

Nasihat itu diberikan oleh pakar sejarah Datuk Profesor Dr Ramlah Adam ketika ditemui di konvensyen BN Selangor di Shah Alam hari ini.

"Faktor calon dapat menjawab segala persoalan," katanya.

Dr Ramlah yang juga dekan fakulti sains pentadbiran dan pengajian polisi UITM adalah antara penceramah di Konvensyen BN tersebut.

Ditanya mengenai kemenangan bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang beberapa bulan lalu, sedangkan beliau adalah "orang lama", Ramlah berkata:

"Di Bagan Pinang kes lain... saya tahu bagaimana beliau bekerja. Beliau turun (ke) bawah (bertemu rakyat)".

Ditanya sama ada Tan Sri Muhammad Muhd Taib juga boleh bertanding di pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April ini, Ramlah berkata:

"Tan Sri Muhammad dah buat banyak sumbangan... biarkan masa berlalu, jangan timbulkan (sejarah lalu) berkali-kali.

"Napoleon pun naik hanya sekali. Orang lama kena beri peluang kepada orang muda," katanya.




Kesimpulan pandangan profesor ini ialah seperti beikut:


i) Jangan letak muka-muka lama. Kenapa?


"Napoleon pun naik hanya sekali. Orang lama kena beri peluang kepada orang muda," katanya.


ii) Ditanya kenapa Isa Samad boleh, tapi Tan Sri Muhammad Muhd Taib tak boleh?


"Di Bagan Pinang kes lain... saya tahu bagaimana beliau bekerja. Beliau turun (ke) bawah (bertemu rakyat)".


"Tan Sri Muhammad dah buat banyak sumbangan... biarkan masa berlalu, jangan timbulkan (sejarah lalu) berkali-kali.



Bagus juga cara penyokong kental Umno ini berhujah-berbelit-belit-sambil-berjenaka. Memang bagus profesoree. Baguslah begitu: Anak-anak didik pasti sentiasa ke depan.





No comments: