Monday, April 5, 2010

Belajarlah dari kura-kura

Ya, jadilah kura-kura


“Kita sentiasa ditertawakan orang. Kita dicop Mr. Slow dan Pakar Buat Tak Tahu@Dheek”


“Apakah segala kata-kata mereka memudharatkan kita, melukakan?” ibunya menjawab dengan soalan.


Maka sejak itu anak kura-kura itu mulai berlatih untuk menjadi Mister Pakar Buat Dheek, Si Pekak Badak. Ternyata taktik atau seni mempertahankan diri ala buat deeek itu sangat mujarab. Kawan-kawan dan musuh-musuhnya mati kutu, tenggelam punca apabila mahu menyerangnya. Dia terus-terusan membatu. Mereka yang menyerang kehilangan cara dan ikhtiar untuk menyerangnya ― sehinggalah Sharif Dol, itu si Samseng Kampung Dusun memimpin gerakan membuat onar terhadap semua spesies kura-kura!


Idea Kepala Samseng Kampung Dusun inilah yang perlu dipelajari. Bagaimanakah berlawan dengan taktik orang membisu dalam semua perkara tetapi menggunakan segala kuasa yang ada untuk menyerang hendap. Payahkan? Ya, payah kerana mereka memiliki kuasa.


Maka apabila tuduhan sebagai agen APCO dijawab dengan tidak menjawab@membisu, tapi kemudiannya menyerang balas dengan kuasa yang dimilikinya dalam Parlimen, rakyat terasa semakin dihenyak ke sudut yang sudah pun kegersangan oksigen.


Sehingga ini, taktik dan teknik pura-pura berkura-kura ini akan berterusan sehinggalah...entah sampai bila lagi agaknya?




No comments: