Monday, April 5, 2010
Sembang-sembang jemaah kami
Haji Deraman membawa keratan berita laman maya untuk renungan Lebai Karib.
Karib mengenakan kaca matanya, lalu membaca kuat-kuat.
"KUALA LUMPUR, 5 April: Kerajaan belum bersedia menyerahkan pemilihan Ahli Jawatankuasa Masjid kepada ahli kariah biarpun didakwa timbul perpecahan terhadap lantikan kerajaan.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom memberitahu demikian dalam jawapannya terhadap soalan dibangkitkan Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap).
Nasir dalam soalannya mendakwa pelantikan jawatankuasa masjid yang dibuat kerajaan dan bukan berdasarkan pilihan ahli kariah merupakan salah satu punca berlakunya perpecahan di kalangan ahli masjid"
Lebai Karib: Ini mesti blognya pembangkang
Haji Deraman: Ini laporan dari parlimenlah..
Lebai Karib: Awat yang kerajaan lantik tak baikkah?
Haji Deraman: Kalau anak kariah yang lantik tak boleh?
Lebai Karib: Tak boleh..
Haji Deraman: Kenapa?
Lebai Karib: Rakyat belum bersedia
Seman yang mengikuti sembang Haji dan Lebai, mencelah:
Tunggulah masanya...Kerajaan akan benarkan anak kariah yang melantik AJK masjid.
Haji Deraman: Ya, tapi bila?
Seman: Bila? Bila yang dok ada sekarang ni tak ada lagilah...
Seman hidupkan kapcainya dan terus beredar.
Haji Deraman: Haa..Itulah jawapan orang yang cerdik. Bukan begitu Karib?
(Tercari-cari Karib yang sudah menghilang...)
Karib...Karib. (Merungut-rungut sambil berlalu....) Itu belum lagi wacana ilmiah.
Labels:
ulasan berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment