Monday, April 5, 2010

Ulang tahun MKDT






Walaupun menyaksikan hanya sebahagian kecil daripada 33 persembahan teater, "Menunggu Kata dari Tuhan", MKDT beberapa orang teman dalam Budayawan Bertindak sempat juga mengikuti persembahannya di beberapa tempat, di seluruh negara. (kecuali Sabah dan Sarawak, negeri yang belum lagi dikunjungi MKDT).

Untuk merekod pengalamannya dalam MKDT dan hal-hal berkaitan dengannya, maka pada 4 April, 2010 (Ahad) di sekitar Ampang, kita pun berbicara dengan Sabri Yunus. Ikutilah apa kata seniman ini, antara lain tentang MKDT, teater dan seniman serta peranan institusi besar seperti Istana Budaya dalam memperkaya lanskap budaya negara.

Kita juga sempat bertanya, 'Jika Sabri dibenarkan untuk bermimpi tentang masa depan teater di negara ini, apakah bentuk-bentuk mimpi itu?'


Di mana dan bila rekod ini boleh diikuti, sila tunggu pengumumannya, Insyallah.




No comments: