Sunday, August 8, 2010


Apabila Chua membidik Islam



1. Telah berguru Chua dengan Samy dan Det


Satu ketika dulu, ramai juga orang Melayu yang marah-marah apabila Samy Velu bertanya, “Apa Tuhan boleh bikin highwaykah?”


Ternyata mantan Menteri Kerja Raya itu tidak terlupa menyertai bosnya ketika itu ― sama-sama membelasah Pas. Bosnya ketika itu mengherdik: Apa kita tidak malu melihat orang-orang Islam kudung-kudung belaka? Bukan main hebatnya orang-orang ini. Bukan main-main lagi hebatnya.

Lalu apakah yang sangat luar biasanya pemikiran SL Chua: Bahawa memilih Islam bermakna memilih kemunduran itu?


Tak ada. Ya, tak ada yang luar biasa.


Yang jelas, dengan cakap-cakap di khalayak partinya, Presiden parti Cina yang terbesar di negara ini, telah menyebabkan jumlah dan koleksi orang-orang yang marahkan Umno dan segala rakan kongsinya terus meningkat. Ya, koleksi musuh mereka kian bertambah. Dan SL Chua, sama seperti Samy dan Det turut menokok saham kemarahan itu.



2. Ternyata mereka masih belum bersedia atau apa?



Sekali imbas, formula yang digunakan oleh mantan Menteri, pemimpin besar parti Cina terbesar negara ini, kelihatan cukup lurus dan mudah. Jadikan saja Pas itu hantu raya. Maka semua orang, lebih-lebih yang bukan Islamnya pasti lari terbirit-birit. Begitulah logiknya. Entah kenapa, mungkin kerana terlebih dos inovatifnya ― dia memilih Islam untuk dibidiknya!



Kenapa? Baginya Umno dan Pas berlumba-lumba untuk menjuarai Islam. Islam, hujah Chua yang ternyata mundur dan menyebabkan kemunduran. Oleh sebab itu, Islam tidak sewajarnya dijuarai baik oleh Pas mahu pun Umno.



Nah, dari episod ini kita sudahpun membaca hati perutnya doktor ini. Kasihan, sungguh kasihan sekali.



3. Nasihat percuma buat Chua.



Kita mohon supaya Presiden parti Cina yang terbesar di negara ini, teliti ― Ya, teliti baik-baik Islam apa yang rakan kongsinya perjuangkan. Untuk itu Chua tak perlu berpayah-payah mencari ulama, cukup saja dia bertanyakan seorang Ustaz.



Dengarlah baik-baik, jawapan jujur orang-orang ini tentang brand Islamnya Umno itu.

Untuk melihat sikap sebenarnya rakan karibnya, (baca: Umno) terhadap nasib kita, terhadap nasib anak cucu kita, terhadap kesejahteraan kita, terhadap kesejahteraan masa depan negara kita, kita mohon Chua teliti ― ya, sila teliti dengan adil dan saksama nasib segala macam institusi yang ada di negara ini. Telitilah, baik-baik.



Untuk memudahkan prosesnya, Chua boleh memilih satu contoh. Misalnya sistem kehakiman kita. Apakah binasanya sistem kehakiman kita itu kerana kita memilih sistem yang ditinggalkan oleh penjajah? Atau ia musnah oleh sebab-sebab lain?


Atau sistem kehakiman ini telah rosak binasa kerana sebab-sebab lain yang TIDAK MAHU dilihat oleh Chua?



4. Chua (sama seperti yang lain dalam kumpulannya) memilih untuk TIDAK MAHU melihat kebenaran


Chua, your problem (read: Ours too) is Umno. It is not Pas, neither is it Dap. Definitely ― it is not Islam that is troubling us.


Stop pretending, just tell Umno. Tell them the TRUTH.




No comments: