Prisma wartawan kita
Kita petik berita ini daripada lamannya Hishamuddin Rais, Tukartiub: http://tukartiub.blogspot.com
“IKLIM PERLABURAN: RICHARD BRANSON SELAR SIKAP ANWAR - melayau
KUALA LUMPUR 27 Sept. – Bilionair dan usahawan terkenal dunia, Sir Richard Branson menyelar sikap bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebagai perosak kepada imej dan iklim pelaburan negara.
Beliau yang juga pengasas Kumpulan Virgin berkata, iklim pelaburan Malaysia di peringkat antarabangsa amat menggalakkan tetapi beberapa isu perlu ditangani agar tidak menjejaskan reputasi negara di kalangan pelabur asing. - Utusan
BRANSON SAYS ANWAR TRAIL DAMAGES MALAYSIA -minsioder
Virgin Group founder Sir Richard Branson has called on the Malaysian prime minister to intervene in Anwar Ibrahim’s sodomy trial, calling the issue “a thorn” in Malaysia’s otherwise good reputation.
“If you’re a bold leader, you should get rid of things like this which are damaging your reputation,” he said today at the “Dawn of the New Decade: Alternative Investments in Asia” conference here.
“This has gone on for a long, long time. It looks bad overseas.”
While Branson did not think Anwar’s Sodomy II trial was causing foreign investors to shy away from Malaysia in any major way, the mercurial entrepreneur nonetheless said more people would want to invest in Malaysia if it were more open and liberal.
He added that it was incumbent on the prime minister to address the “damaging” trial as good leaders looked after their citizens well, much like how good employers take care of their employees.”
II. Makna laporan seperti di atas.
Bandingkan apa yang telah terjadi dengan berita yang sama di tangan orang yang berbeza-beza:
Utusan Malaysia ‘menyelar sikap bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebagai perosak kepada imej dan iklim pelaburan negara’.
Sementara ‘the Malaysian Insider’ pula melaporkan bahawa:
Richard Bronson menggesa supaya Perdana Menteri Malaysia untuk masuk campur dalam kes perbicaraan Sodomi Anwar Ibrahim. Beliau menyatakan bahawa isu itu adalah duri dalam daging yang mencalarkan imej Malaysia yang sebenarnya baik.
III) Pengajaran yang kita dapat petik daripada berita-berita di atas:
1) Taraf penguasaan bahasa Inggeris wartawan kita sangat buruk sehinggakan tidak dapat membaca sesuatu yang jelas dan nyata.
atau,
2) Wartawan kita pandai berloyar buruk. Orang bercakap tentang kambing takut berhujan, wartawan kita melaporkan bahawa kambing Malaysia sememangnya suka berhujan.
atau,
3) Wartawan kita, sah pembohong besar.
4) Sistem kehakiman kita sememangnya boleh dikawal dan diputar belit oleh pihak yang berkuasa. Ayat yang berbunyi, “(has called on the Malaysian prime minister to intervene in Anwar Ibrahim’s sodomy trial) iaitu “ menggesa Perdana Menteri masuk campur dalam perbicaraan sodomi Anwar Ibrahim” membayangkan apa yang ada dalam pemikiran Richard Branson.
Sekiranya mahkamah kita bebas, mengapakah terpacul ungkapan seperti ini?
5) Orang luar yakin bahawa pemerintahan kita yang tidak telus dan tidak terbuka dan ini membuat para pelabur lari dari Malaysia.
IV) Berapa lama dan sampai bilakah?
6) Berapa lamakah dan sampai bilakah kerja putar belit akhbar ‘Utusan Malaysia’ ini akan berterusan? Sampai bila lagi, agaknya?
7) Berapa lama dan sampai bilakah kita terus tertutup, tidak telus dan lain-lain lagi itu?
No comments:
Post a Comment