Thursday, September 9, 2010

'Membonsaikan' otak Melayu

Tiba-tiba sawan

(agenda Zam, Mahathir dan ceritera Al-Maunnah (Astro): Menu baru untuk bukan-Melayu)


Kitaran semula secara tiba-tiba ― ‘peranan Pas’ oleh Zam dan Mahathir bukanlah tidak bersebab. Bukannya tidak bersebab piring hitam buruk ini tiba-tiba saja dimainkan semula lewat ‘peti nyanyi cap anjing’ oleh para pejuang berani mati Umno ini.


Zam mengaitkan satu aspek 13 Mei 1969 dengan Pas. Dia ini secara ‘ketoprak’ (baca: lawak bodoh) membawa peranan Al-marhum Tunku yang sudah tidak bersama kita lagi itu, ke dalam skripnya. Itulah wajah, tingkah, kerja buat pengarang-pengarang besar milik Umno ini dalam ‘memajukan pemikiran orang-orang Melayu’.


Itulah kerja seumur hidup para pemimpin Umno ―menafikan hakikat sebenar daripada pengetahuan orang-orang Melayu. Akhbar ‘Utusan Melayu’ disamun dan dikorek keluar dari kerongkong orang-orang Melayu dalam tahun 60an. Bacalah Said Zahari (‘Meniti Lautan Gelora’ ― sebuah memoir politik: UKM dan Utusan, 2001). Said Zahari telah mereka ekspot khusus ke Singapura. Bacalah cerpen Usman Awang (‘Kami yang terlibat’: DBP, 2006).


Itulah kerja Umno dari dulu lagi sehinggalah sekarang.


Kata Hishamuddin Rais (http://tukartiub.blogspot.com) itulah usaha Umno selama ini ― membonsaikan otak orang-orang Melayu.


Lagi usaha terbaru...


Seorang mantan juga tiba-tiba meracau-racau. Kenapa? Mereka mahu memastikan rakyat, lebih-lebih lagi yang bukan Melayunya lari terbirit-birit meninggalkan Pas.


Astro tiba-tiba saja tayangkan Al-Maunnah lengkap dengan bumbu-bumbu CSInya. Bukan main puak-puak ini. Bukan main lagi!


Itulah agenda puak-puak yang selama lebih setengah abad bermaharajalela merompak di bumi ini, bermati-matian berusaha untuk menjauhkan orang-orang bukan Melayu daripada Pas.


Kelihatannya skrip, lakon layar, barisan pelakon, sutradara dan para strategis Umno yang tertidur sejak tahun 60an dan tiba-tiba saja terjaga ― semalam ― lalu berkarya. Kasihankan?


2.0 Apakah kesannya?


Adakah orang-orang bukan Islam― Cina, India dan Siam akan meninggalkan Pakatan Rakyat ― kerana takut akan Pas? Semudah dan selurus itu perkiraan mereka ini.


Zam dan ...nice try. Nice try. Elok juga para strategis Umno mencari panel penulis skrip yang baru supaya ideanya lebih segar. CIS saja tak mencukupi. Anak-anak muda dan juga orang-orang tua sekarang sudah tak berselera lagi menelan hidangan basi dalam bentuk yang pelik-pelik.



Muak dan meluatnya bukan kepalang lagi.



No comments: