menunda niat
mereka nyalakan unggunnya, tatkala
terik mentarinya mendidih ubun-ubun
kata mereka, hari semakin gelap
siapa lagi yang mau mereka bohongi?
hasil membuak, telaganya belum jua kontang
aku mahukan menara-mercu wawasan merdeka
bodohlah kita, kalau mahu menunda niat:
siapa lagi, terusan mereka zalimi itu?
kuasa adalah habuan adalah rezeki gerombolan
biar kusiang-agih mangsa ini sesama kita
sebelum ‘orang sebelah sana’ ke bagian
siapa kita, sibuta-bisu-pekak itu?
dikepungkandangi jahil amat melampau?
wangsa maju
17 oktober 2010.
No comments:
Post a Comment