Saturday, October 16, 2010

Kenapa mahu mengurung niat?


Warisan Merdeka: Kita mampu (membinanya), kenapakah mahu mengurung niat?



Pertama,  mari kita imbas isi beritanya.  Dalam belanjawan yang diumumkan oleh PM semalam, Jumaat,  15 Oktober 2010 salah satu ‘benda’ yang dibentangkan ialah peruntukan untuk membangunkan Warisan Merdeka, sebuah menara 100 tingkat (sebagai perbandingan: Menara Petronas itu 88 tingkat) di negara ini.

Seperti biasa, ada saja tukang justifikasinya yang cepat-cepat terkam, lalu mengangkat jempolnya sambil menjerit-jerit, “Wah, betapa geliga dan luar biasanya otak bosku-pemimpin besarku ini!”     

Kata wanita bertaraf menteri itu: Kita mampu membinanya, jadi kenapakah mesti tangguh-tangguh?

Tidak cukup dengan itu, justifikasinya ditambah lagi supaya semakin lazat uummphnya: Tak akan ada penghujungnya (agaknya dalam perlumbaan memiliki menara paling tinggi di dunia) kerana semua orang mahukan yang tertinggi, Shanghai dan Taiwan pun mahu yang lebih tinggi juga.  Jadi kenapakah kita urungkan hasratnya, alias tangguh-tangguh untuk membina yang lebih tinggi?     

Lagi pun...

Warisan Merdeka ini bakal menjadi simbol kemajuan berterusan Malaysia, kemakmurannya dan semangat ‘kita bolehnya’.

Ada lagi justifikasinya...

Seorang lagi pemimpin besar kita, kali ini lelaki berjawatan besar di Jabatan Perdana Menteri,   pula berkata,  “menara itu bakal menjadi inspirasi kepada orang-orang awam.”

Sesiapa yang mati inspirasinya, bolehlah datang ke menara ini.


ii.


Bahasa seperti apakah yang paling wajar kita gunakan untuk menanggapi sikap dan pemikiran (Jika benar mereka ini masih berfikir dengan waras) pemimpin yang sedemikian rupa ini?

Jika kita mahu gunakan pendekatan sesetengah bloger, pastinya kita caruti saja mereka yang telah dipilih/diangkat ‘oleh rakyat’ untuk menjadi pemimpin ini.  Ya,  kita caruti saja...

Betullah, wang itu telah kita serahkan kepada mereka. Bukankah kitalah yang telah memilih mereka untuk mengurus negara ini dan segala khazanahnya?  Bukankah kita yang melantik mereka untuk berfikir, memerah otak dan berhempas pulas  mencari jalan bagaimanakah wang negara yang terhad itu dapat digunakan dengan adil dan saksama agar kehidupan kita sebagai rakyat menjadi lebih sejahtera?


Ya, kitalah yang telah melantik mereka ini.


Para pemimpin kita ini nampaknya telahpun berbakti kerana mereka telah berhempas ― berfikir.  Setelah berfikir,  mereka pun berpendapat bahawa kita amat perlukan sebuah lagi mercu tanda perihal kehebatan kita sebagai sebuah negara yang maju.


(Yang TIDAK disebut kepada kita ialah bahawa ‘projek adalah duit’.  Lagi besar projeknya,  maka semakin  besar-banyaklah duitnya yang mestilah dibelanjakan.  Kalau tidak dibelanjakan duit-duit ini, itu membazir namanya.  Tak baik, nanti ditertawakan oleh setan. )



iii.


Aku kasihan kepada anak-anak, cucu, cicit dan segala keturunan kita ― sungguh,  aku kasihan.  Kalian bayarlah segala hutang semasa belajar,  hutang untuk membeli rumah dan hutang untuk memiliki kereta. (Kereta yang menjadi mahal di luar fikiran waras kerana pemikiran agung seorang pemimpin yang agung pula).

Kamu belilah insurans kesihatan, jika tidak kamu berdoalah supaya tidak sakit.   


Wahai anak cucuku,


Telah berkatalah para pemimpin yang kamu pilih itu: Kamu mampu menegangnya, tak usah tunggu-tunggu lagi ― silakan, silalah rodok. Amin.











1 comment:

barajiwa said...

Kita mendapat satu soalan, (MCQ) daripada seorang rakan berhubung persoalan yang telah dibentangkan. Inilah soalan aneka pilihan tersebut:

Kassim Muhamad.

"Now, here’s a multiple choice question on Najib’s plan to build a new mega-tower by 2015 that would dwarf the Petronas Twin Towers.

Why do we need the proposed RM5 billion 100-storey Warisan Merdeka Tower (to be built by Permodalan Nasional Berhad)?

A. We have a serious shortage of commercial space in the Klang Valley. ( Plus the cronies are hungry).

B. We have a healthy fiscal surplus and we don’t know what to do with all that spare cash. ( Fiscal deficit? What fiscal deficit? Nah, can’t be ) .

C. No major earthquake will ever strike our country.

D. Najib’s tower has to be higher than Mahathir’s Twin Towers.

E. Because Malaysia Boleh! “The most important thing is that we can do it. Why should we hold back?” as Ng Yen Yen puts it. A tower is more important for the rakyat. They will be so proud.

Share with us your thoughts on Najib’s budget."