Tuan? Siapa itu tuan, siapa pula non-tuannya?
Marilah kita ikuti petikan di bawah ini:
“The topic I have been asked to speak about is: “Islam and the Racial Problem.” When it was proposed to me I accepted it readily, even eagerly, for some very personal reasons which I may kindly be permitted to mention briefly.
When I was introduced to you, you were told I am a German Muslim, a German convert to Islam. As a German national, who was born in the late twenties, I spent my childhood and my youth under a political regime which, by the gross and utterly shameful atrocities perpetrated upon racial minorities and by its dogmatic belief in, and its ruthless application of, the “Herrenrasse” – or Master – Race Theory, meaning nothing less than the absolute supremacy of a “German Race” over all other races living on this earth, has become synonymous with racism and all its ills and evils, the misery and suffering the injustice and brutality that go with it.
Though by sheer accident of birth, not by any personal virtue or merit – and accident of birth, nothing more and nothing less, decides life and death, happiness and misery, freedom and bondage under a racist regime – I was spared the fate of becoming a victim myself of this obnoxious and pernicious creed. I cannot and shall never forget the terror and excesses which marked its rule in my country, nor shall I ever forget the plight and agonies of the innocent objects and targets of this diabolic and inhuman system of dividing man and man as I saw it practised around me in the formative years of my life.
It is against this background and with these personal experiences with racism and its problems and consequences indelibly engraved in my mind and memory that I so eagerly and readily responded to the invitation to expound, as far as my limited knowledge of Islam permits, the Islamic concept of inter-human relation, its high ideal of human brotherhood and the actualisation of this ideal in history, in contrast to the antagonism between the different races of man as preached and practised by racism...”
“Islam’s Answer to the Racial Problems” a paper read at the International Conference on April 4 (year not stated) by Mohummed Aman Hobohm. Islamic Propagation Centre International (UK) and distributed by Saba Islamic Media Sdn Bhd. http://www.saba.com.my
ii.
Petikan di atas menunjukkan perasaan dan tanggapan seorang insan yang pernah mengalami kehidupan di bawah regim yang yakin dan percaya bahawa di alam ini memang wujud konsep ‘Master Race Theory”, dan bahawa sesungguhnya di alam ini memang wujud sekelompok manusia yang jauh lebih tinggi darjat dan martabatnya, jika dibandingkan dengan manusia-manusia yang lain.
Tidak kurang menariknya ialah sikap dan pandangan hidupnya sebagai seorang manusia Muslim. Sebagai seorang Muslim, Mohummed Aman Hobohm tanpa ragu-ragu mengambil akar agamanya sebagai hujah dan contoh kenapa fahaman regim yang rasis itu sangat tidak masuk akal.
iii.
Pagi 29 November 2010 ― sebuah tajuk akhbar harian telah bertempik:
“Minta Maaf:
Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail perlu mohon maaf kepada Raja-Raja dan rakyat berikutan kenyataannya mahu konsep ketuanan Melayu ditinggalkan – Mohd Jurit Ramli, Setiausaha Agung Gabungan NGO Malaysia, yang wakili kira-kira 300 badan bukan kerajaan”
Telah datang rupa-rupanya para pahlawan Melayu dari pelbagai penjuru Persekutuan Tanah Melayu (bekas) ini untuk bangun dan berhujah bahawa ada Melayu yang sudah mahu menggadai Melayunya, agamanya, Raja-Rajanya kerana terlalu mabuk dan kemaruk untuk berkuasa.
Eloklah, juara-juara telah bangun dan bertempik bahawa mereka begitu sayangkan Melayu dan agamanya. Syukurlah, rakyat negara ini wajib bersyukur di atas limpahan kasih sayang para pejuang Melayu seperti ini.
Para pejuang yang sangat prihatin dengan masa depan orang-orang Melayu dan agamanya.
iv.
Namun begitu terasa juga peliknya melihat gelagat perjuangan kental pejuang-pejuang Melayu ini. Ternyata mereka pandai sekali memilih saat-saatnya yang paling sesuai untuk ― bertempik. Maknanya begini. Jika ada isu-isu yang ‘fundamental’/mengakar yang sangat memudharatkan rakyat ― mereka memilih menoleh ke arah lain.
Mungkin inilah kaedah ‘juangnya’ selama ini: Para ‘Pemimpin Melayu’ ini sememangnya pandai memilih-milih ― memilih Melayu mana yang mahu dibahamnya.
Mungkin, itulah sebabnya mereka bertempik sakan dalam cerita ‘Siapakah tuannya orang-orang Melayu itu.’
No comments:
Post a Comment