Wednesday, December 1, 2010

Apa lagi?


Spektrum subuh 1 Disember 2010

Cpu, central processing unit itu terkelip-kelip,  memproses pelbagai data yang diterimanya:

Spektrum 700Mhz, gelombang itu lubuk harta, YTL, tenaga nuklear dan tenaga elektrik, juruteknik nuklear import, RON 97 dan lonjakan harga sebenar semulajadi-tapi-masih-tetap murah-dan-rakyat-masih-bernasib baik― naik lagi sen lima lagi.

Ketuanan Melayu, pexxxx politik, demikian pekik jerit penjaga-Melayu-yang-telah-mentauliahkan-dirinya-sendiri, Memali di tv dan menteri penerangan itu, keMurkaan yang telah amat murka dan stesen Klasik Nasional dan menteri itu.

Siapakah sang pembakar jambatan itu?

Melayu dan ketuanan, Melayu politiknya-mentaliti Akulah Tuannya.

Kampung Baru dan Perbadanan, PKR dan katanya kacau bilau, Zaid Ibrahim dan orang kedua terkuat, Kuasa ketiga, sodomi II, hiburan Islam dan sumber fulus, menara lagi ― kali ini, seratus tingkat, Penjara Pudu yang ranap, lapagan terbang yang sekarang siapa punya?

7 buah Kampung Warisan dan pembangunan, Kampung Berembang dan murbawan yang tergusur.

Apanamanya dan topeng negarawan yang ditempa semula, pilihan raya mengejut, BN dan kemenangan mutlak PRU-13, Air, air, air dan tembolok kroni.

Syabas, cukong dan bil terbaru dan masa depan yang telah haus.   

Lebuh Raya untuk aku, lebuh raya untuk engkau-aku, Independent Power Plant untuk aku dan IPP milik aku, air, air, air ― milik biniku.

Oh ya, kereta lama, insurans, saman ekor.

PLKN, PTPTN ― BN.

Air, air, air, cukong, kroni, Masjid Negara 5 Disember (jangan lupa temu dan janji kita). 

ii.

Dunia ― semakin pekat, gulamatnya.

“Hiduplah, Tuan-Tuan Melayu!!”

(Ya, apa lagi,  yang belum kamu lelong?)



1 comment:

Anonymous said...

Hah...kisah kebobrokan Melayu lagi...sampai bila kita harus begini...bang?