D. JAILANI ABU TALIB
Tiang Seri
“Biar kita robohkan tiang seri ini
Lalu dibina jembatan murni
Memadukan cinta dan benci
Menyatukan rindu dan dengki”
Atas jembatan murni ini, menurutnya
Tersirat kembali baris laksmana berdiri
Menangkis bela demi Sang Sita Dewi
Biar dirobohkan tiang adat dan budi
Dibangunkan semula atas pasakan hadhari
Diukirkan debunga senja yang wangi sehari
Menghapuskan tiang seri itu, kelak nanti
Bergelak tawalah pemudi dari sangkaran gelapnya
Asatizah-asatizah berdansa tanpa mengenal diri
Meyakini pegangan yang disalah erti
“Inilah bangsa ke arah modeniti”
9 Zulhijah 1431
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
No comments:
Post a Comment