Thursday, December 2, 2010

Lagi cerita ketuanan

Petikan menarik ― ya betul-betul menarik ― dari laman Malaysian Insider, ditulis oleh Dinesh Kumar, bertarikh Disember, 01, 2010

“Asked if there was anything wrong with the “ketuanan rakyat” concept introduced by Dr Wan Azizah, Zairah said “there is nothing wrong with it but what is wrong with the ‘Malay supremacy’ concept? Why is this change required when all this while we have lived with the ‘Malay supremacy’ concept?’

Zairah urged the Malay rulers to take back Anwar’s datukship and whatever award that had been given to him since he is “the number one traitor for openly rejecting the ‘Malay supremacy’”.

Asked if she agreed with Perkasa Youth chief Arman Azha Abu Hanifah who called Dr Wan Azizah a ‘political prostitute’, Zairah said she does not have any comments on the matter and “it is his personal view. Everyone is entitled to it.”


ii.


Sekadar renungan bersama, mari kita teliti kata-kata panglima Perkasa ini:

a) Apakah salahnya dengan konsep ‘Ketuanan Melayu’ itu?

b) Kenapakah perubahan konsep “Ketuanan Melayu” ini perlu dilaksanakan?  Bukankah selama ini pun kita hidup di bawah konsep ‘Ketuanan Melayu’?

Kita mohon sedikit penjelasan lanjut daripada pejuang dan panglima Perkasa ini.  Bolehkah puan tolong jelaskan dengan lebih lanjut hal-hal berikut ini:

Pertama sekali ― sebenarnya,  apakah maksud dan maknanya ungkapan “Ketuanan Melayu” itu? 

“Melayu’ mana yang bertuan dan siapa pula yang menjadi ‘Tuannya’ Melayu itu?

Atau adakah seluruh rakyat yang ‘Melayu’ itu bertuan―bahawa tuannya adalah si anu dan si polan itu?

Soalan seterusnya: Dari manakah agaknya kita perolehi ungkapan sedemikian itu? 

(Dalam konteks ini, kita tahu bahawa wujud sebuah parti politik di tanah air kita ini yang menjadikan “Melayu” itu sebagai teras dan panji-panji perjuangannya.  Kita tak ada masalah untuk mengenali visi, misi dan gagasan yang sebegitu.  Gagasan besar keperkasaan Melayu yang menjadi teras perjuangan sekelompok rakyat yang bergabung di bawah parti ini, juga kita ketahui.)  

Namun ― yang namanya “Ketuanan Melayu” itu, manakah sumbernya? Adakah wujud sebarang dikri, undang-undang, atau Akta atau arahan Kabinet yang menyebut secara jelas bahawa rakyat negara ini ada pemiliknya? Dan sesungguhnya pemilik itu berstatus “Tuan.”

Kita juga inginkan gambaran yang jelas: Sejak bila seluruh rakyat negara ini, (tanpa mengira bangsanya, keturunan, warna kulit dan agamanya) telah  dimaklumkan dengan jelas bahawa sesungguhnya selama ini,  mereka hidup di bawah lindungan payung “Tuan-Tuan Melayu?”  

Jika benarlah lembaga yang namanya ‘Tuan’ itu benar-benar tercokoh, siapakah yang bernasib baik sehingga mencapai taraf ‘Tuan” kepada seluruh rakyat jelata itu?

Apakah segenap lapisan rakyat kita berpeluang melihat betapa eloknya, dan gagahnya sosok dan rupa parasnya “Tuan” mereka itu?

Dan seterusnya ― andaikata seseorang Melayu itu ingin hidup sebagai seorang manusia yang bebas-merdeka, kepada siapakah mahu ditebusnya kemerdekaannya itu?

Ertinya apakah yang seseorang rakyat itu dapat lakukan agar dia bebas, merdeka dan tidak lagi “Bertuan’? 


ii.

Mengikut pejuang Perkasa ini lagi, selama ini kita sudah pun hidup aman sejahtera di bawah lindungan ‘Ketuanan Melayu’ itu, dan oleh sebab itu ― ujarnya lagi,  kita tak ada masalah dengannya.

Ertinya Perkasa tidak melihat bahawa rakyat sedang bergelut dan berdepan dengan pelbagai masalah.  Kehidupan kita, mengikut pandangan jurubicara Perkasa ini, nyaman, aman, damai, makmur dan sejahtera adanya.

Ya, kita sedang bergelut dengan pelbagai masalah, namun dari kaca mata Perkasa, kita selamat di bawah naungan sebuah “Ketuanan” dan sesungguhnya kita tidak ada sebarang masalah.

Demikianlah segak gagahnya, tampang kebesaran sebuah “Ketuanan.”      


iii.


Panglima Zairah juga menyeru agar ‘the Malay rulers’ menarik balik gelaran Datuk kepada Anwar.  

Apakah ini satu bentuk hujah atau ― apakah ini hujahnya budaya sedia ada (baca: Ketuanan) yang belum sempat lagi diperbaharui (baca:di’1Malaysiakan’)?




No comments: