“Pemimpin Pelajar UiTM diasak dengan semangat Melayu”
Harakahdaily, 14 Disember 2010
“Program yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Tinggi itu turut disertai oleh menterinya Datuk Seri Khalid Nordin dalam satu majlis makan malam bersama peserta.
Ia diadakan di kampus UiTM Shah Alam dengan asrama Mawar menjadi tempat penginapan semua pelajar ini sepanjang lima hari tersebut.
Walaupun dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam, hampir kesemua programnya diuruskan oleh Biro Tata Negara (BTN).
Naib Canselor UiTM, Shahul Hamid adalah bekas Ketua Pengarah BTN.
"Bayangkan sepanjang lima hari kami diasak dengan sentimen Melayu termasuk diasak agar meluluskan satu resolusi untuk meminta kami menjemput para pemimpin Umno dalam program-program kami di kampus," kata salah seorang pelajar yang menghantar email kepada Harakahdaily.
Yang menariknya, antara penceramah program ini adalah timbalan presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa atau Perkasa, yang mewakili presidennya, Datuk Ibrahim Ali.
Menurut pelajar yang berasal dari Perak itu, usaha pihak penganjur untuk memaksa semua MPP setiap kampus menjemput para pemimpin Umno ke program-pragram mereka telah diboo oleh para peserta dan hasilnya, cadangan resolusi itu telah ditolak.
Turut memberikan ceramahnya adalah Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria.
Harussani dalam ceramahnya telah cuba mempertahankan pendapatnya bahawa orang bukan Islam tidak boleh membaca ayat-ayat Al Quran kerana mereka orang politik yang tidak berniat baik terhadap Islam itu sendiri.”

_________________________________________________________
RESPONS KITA
Ada beberapa istilah yang perlu kita takrifkan dalam komen ini. Istilah-istilah tersebut ialah:
1) ‘Bala tentera Kerajaan’ membawa maksud dan merujuk:
Para pemimpin politik yang datangnya dari sebuah parti politik yang namanya Umno, United Malays National Organisation, para pemimpin peringkat tinggi kementerian (stafnya PTD), para pemimpin pengajian tinggi (cediakawan Universiti), para alim ulamak (datanganya dari saf yang namanya ulamak)
2) Anak-anak kita yang bermaksud: Anak-anak muda orang-orang Melayu yang terdidik dan dididik oleh majoriti ibu bapanya dan juga ‘sistem pelajaran negara ini’ supaya menjadi Muslim dan Muslimat sejati.
3) Segala perundangan, dasar dan hukum hakam negara yang membawa maksud: Perlembagaan, undang-undang, akta, dasar-dasar negara, dasar-dasar kerajaan sendiri, rukun negara, 1Malaysia dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
Berikut adalah RESPONS KITA:
Apakah perasaan seluruh bala tentera Kerajaan ini bila berdepan dengan anak-anak muda kita ini?
Agaknya apakah yang terlintas dalam fikiran anak-anak muda kita ini bila berdepan dengan bala tentera Kerajaan ini?
Tidakkah mereka pelik, was-was, curiga bila mendengar bala tentera bercakap dengan mereka tentang Melayu dan segala yang berkaitan dengannya? Kenapakah bala tentear Kerajaan ini bersembunyi-sembunyi?
Apakah bala tentera Kerajaan fikir bahawa mereka akan/telah berhasil mencuci fikiran anak-anak muda ini?
Apakah tidak terdetik, walaupun sedikitpun di hati kecil mereka (lebih-lebih lagi yang Muslimnya) bahawa “segala percakapan, buah fikiran yang aku sampaikan kepada anak-anak muda ini sama sekali TIDAK tergolong dalam kategori sikap dan kerjanya sang munafik/hiprokrit?”
Tidakkah anak-anak muda ini keliru, pelik, bingung, menyampah, kecewa dengan sikap para pemimpin ini?
Ke manakah mahunya bala tentera Kerajaan ini membawa anak-anak muda negara ini?
Mahu ke mana, sebenarnya?
No comments:
Post a Comment