ABDULHADI MUHAMAD
Sajak Menentang Pewartaan
Tujuh desa lipur akan diberitakan
tujuh suara zuriat akan bertikaian
tujuh keturunan milik akan terpalit
tujuh petaka khianat akan melilit
tujuh tadahan hujan akan dibongkar
tujuh tangisan warga lagi bergelisah
tujuh sekatan iri pada seruan muazzin
bahawa itu tingkah padah akan berkarenah
Tidak lagi berhimpun tujuh kebaikan
tidak lagi bernyanyi tujuh marga
tidak lagi terdengar tujuh sapa tetangga
tidak lagi berhimpun tujuh juak kenduri
tidak lagi berkembang bunga-bungi bahasa
tidak lagi terbaja benih-benih bangsa
tidak lagi bersepoi angin dan angan budaya
bahawa nanti akan terbangun bingar,
tujuh genta sumbang mengheboh aman
Nanti hilang daunan dan rumput melayan angin
nanti pupus puputan bayu oleh kabut jerebu
nanti meronta sanubari dikepung dinding batu
nanti tergencat akal disumbat sial pendatang
nanti lupus cita-cita anak warisan digigit puaka
nanti menyesal bagai pak kaduk diauta raja
nanti tergelimpang bagai mat jenin dialak angan
bahawa nanti langit akan melimpah bala hujan
Mereka hanya tahu memugar harapan orang
mereka hanya mahu merebut untung peribadi
mereka tahu juta ringgit masuk sekelip mata
mereka mahu menonton kemajuan kota
mereka tahu membahagi senang sesama kroni
mereka mahu mengintip di mana lagi keuntungan
mereka tahu mengutip bahagia di atas penderitaan
bahawa gejala gila kuasa dan harta menekup adil
‘Bahawa pewartaan itu memukau marhein kerdil’
13 Zulhijah 1431

Kota Bharu, Kelantan.
No comments:
Post a Comment