Friday, January 7, 2011

Apa saja asalkan dapat membantu

Mereka telah menggiring bolanya


Para pemikir mereka termasuk segala Perdana Menteri (yang kelihatan, yang tidak kelihatan dan  yang berada di belakang tabir) semakin garang menyerang apa yang perlu mereka serangi.  Sasaran penting yang sentiasa menjadi idaman mereka ialah Negeri Selangor.  Negeri ini mestilah dirampas dengan segala kaedah yang ada dan ― yang boleh dipergunakan.

Negeri Perak telah mereka rampas dengan bantuan para sub-kontraktor yang terang-terangan menyeberang masuk ke pasukan pilihannya.  Para sub-kon ini telah mencemarkan sumpah profesion mereka dengan menjadi sub-kon yang nyata. 

Selama ini wajah sebenar mereka ― pendirian mereka itu disembunyikan di sebalik apa aja yang difikirkan boleh dan mampu melindungi mereka:  Undang-undang, Akta, Peraturan, Syarat, Adat Resam, bangsa, budaya.  Mereka menyusup dan berselindung di celah-celah kerusi pentadbiran awam.  Mereka berbuat demikian mungkin kerana sifat mereka sebagai pengikut tegar sebuah parti politik ini atau mungkin juga mereka bekerja keras supaya Putrajaya tidak dapat ditawan oleh kelompok yang bukannya dari kelompok Kontraktor.   

Sekarang ini mereka tidak boleh lagi berselindung bahawa mereka sebenarnya TELAH bersama-sama parti itu.  Kenapa begitu?  Mereka tidak lagi dapat bersilat di belakang tabir.   Mereka terpaksa keluar dan menampilkan diri sebagai alat dan peralatan ― sebagai subkon.

Peristiwa lantikan SUK terbaru Selangor dan santapan di istana cukup menarik untuk diteliti oleh seluruh rakyat jelata.

Ternyata yang selama ini berlegar di kawasan istana telah mereka giring jauh ke laman istana.  Mereka berharap orang-orang seperti TGNA akan tunduk dan akur dengan agenda mereka.


ii.

Apakah rakyat tidak boleh menentukan nasib dan masa depannya sendiri?  Apakah takrif   demokrasi  sebagai sesuatu ‘dari rakyat untuk rakyat itu’ hanya slogan kosong?   Apakah rakyat boleh terima semua yang telah/sedang dilakukan selama ini dan sekarang itu? 


PS:  Ada sebuah pidato menarik di IEM tentang takhta dan peranan Raja-Raja di dunia.  Bagus juga kalau teks itu disiarkan semula.  Adakah  dalam kalangan  pembaca kita yang menyimpan teks tersebut?   



No comments: