Saturday, January 8, 2011

Bila mau tukar?

Truth and the tipping point
(Kebenaran dan titik jungkitnya)


“The moment of truth”, “the tipping point”, “Melayu mudah lupa” dan “masa adalah penyembuh terbaik”  adalah di antara ungkapan yang sering kita temui dalam bacaan atau percakapan sehari-hari kita.

Dalam pilihan raya, yang paling menentukan ialah saat kita bersendirian dalam kotak kurungan  bertemankan pensil nan sebatang dan siap sedia pula untuk memangkah (nyoblos?) parti mana dengan membuang parti malaon yang mana satu.  Itulah saatnya ‘the moment of truth’  untuk masa depan negara ini.  

Bagi mereka yang sudah yakin dan tetap tekadnya,  itu bukan lagi masalah.  Mereka mengucapkan selamat tinggal kepada masa lalu ― mereka mengundi perubahan.

Bagi mereka yang di atas pagar, fikirannya mungkin masih lagi samar-samar, bersimpang siur kerana di sana, masih wujud tarik menarik yang menyebabkan pendiriannya belum cukup mantap lagi bulat (bukan baris):

Apakah benar ‘Melayu akan hilang kuasa, jika aku mengundi perubahan?’      

Bukankah semalam tv-tv itu masih lagi memberikan amaran yang bertalu-talu?

Semalam Mat Deris telah melonggokkan dua kampit lagi beras dan memasukkan berapa helai kertas ke dalam sampul sebelum ditojoh ke dalam poket teluk belanganya.  Cukup lumayan ― dia tak perlu menoreh seminggu.

Itu termakan budi namanya...

Pengerusi JKKK juga telah menyatakan bahawa harga getah akan terus meningkat dan meningkat.  Bisik Tok Khusrin anak Sidek, Kerajaan memang bijak mengurus ekonomi. Itulah sebabnya harga getah terus meningkat. (Namun begitu tak pula disebut oleh Tok Ketua ini harga minyak akan naik lagi...)

Dalam PRU yang lalu, kita membeli entah berapa naskhah “100 Fakta Mengenai Kelantan” yang ditulis Dinsman.  Kata seorang teman yang tinggal di Ipoh, bapanya yang dikategorikannya sebagai pengikut tegar ‘Melayu akan hilang kuasa dan pemimpin yang baik-baik tidak pernah Durhaka’, ― telah mengundi perubahan setelah membaca buku kecil berkulit merah saga itu!

Dinsman telah perolehi saham kerana menulis buku kecil itu.


ii.

Apakah senarai ‘the moment of truth’ dan ‘the tipping point’ dalam PRU13 nanti?

iii.

Apakah masa yang bersisa sebelum kita memangkah dalam PRU13 itu,  bakal menghilang-hapuskan sakit luka, darah dan air mata segala macam tragedi yang telah kita lalui; antara lainnya:

Teoh Beng Hock yang meninggal tanpa diketahui sebab musababnya  
Pelanunan Negeri Perak,
Rompakan rezeki Mak Cik-Cik Felda,
Roh bergentayangan milik mendiang gadis cun Mongolia,
Kerja buat anak Pak Sidek dan Khusrin di Selangor...?
Dan lagi dan lagi...

Apakah benar tesis ‘orang itu’ bahawa “Melayu mudah lupa?”
Apakah Melayu sudah lebih terdedah dengan maklumat yang digelapkan atau
Apakah mereka masih jua tetap ― tegar ― seperti sejak setengah abad yang lalu?
  

Wahai masa, di pihak mana gerangan kamu?  
(Surah 103: Al- ‘Asr)



No comments: