“Pakatan vs BN: 12,000 turn to prayer
Hazlan Zakaria, Jan 10, 11 10:54am Malaysiakini.
…
This is the reality of the situation in Malaysia when it comes to seeking divine intervention in Malaysian politics.
17 hours ago · Report
Changeagent T. Sundaram, sorry but what's your point?
17 hours ago · Report
T. SUNDARAM some are just dreaming i) Anwar wants to be the PM at whatever it takes, he got not interest on the people and at its nation, his wife will be become the deputy president, and his daughter all cronies, LIM LIM and daughter in-law, Karpal and gang that's all they have and AZMIN ii)PAS.......:) all this people mana lagi, the rest will lose as what happen in the recent PKR election?????
17 hours ago · Report
Ade Yes, KSN. My church is also praying for the nation. In such trying times, divine intervention is really needed. May God bless Malaysia and her people. Send us righteousness leaders.
18 hours ago · Report
Yes, KSN. My church is also praying for the nation. In such trying times, divine intervention is really needed. May God bless Malaysia and her people. Send us righteousness leaders.
18 hours ago · Report
ACoward Ferdtan is right! PAS must pay attention to it and remove this thorn from the party as soon as possible!
18 hours ago · Report
Anonymous_3e4b Yes, gather 10x more supporters to counter the 'perkasa' rally (to be headed by the apa nama car-tun) to be held this month. We Malaysians support a total change. We malaysians will VOTE PAKATAN RAKYAT FOR A BETTER MALAYSIA.
18 hours ago · Report
Pure Malaysian Return of the Jedi!
19 hours ago · Report
Ferdtan It is curious that PAS chief, Hassan Ali who is an exco in the Selangor state government is not seen in any anti-Umno gatherings. He was not in the recent Selangor-sponsored 'water march' ( or any other pakatan- friendly marches like Bersih ); and you don't find him attacking Umno's policies vigorously in the open. When he opens his mouth, it is invariably some statements that are detrimental to the interest of the pakatan. Who is the real Hassan Ali ? Is he a pakatan loyalist?
19 hours ago · Report
ksn I have no doubt in my mind that the majority of the followers of others faiths and religions in Malaysia will join PAS members that their wish to save the country from UMNO-BN will be successful and soon too.
19 hours ago · Report”
____________________________________________________________________
Marilah kita baca dengan sedikit teliti
Pertama angkanya.
Ismail Hashim dalam laporannya untuk Harakahdaily menyebut angka untuk solat hajat perdana ini sebagai 30,000 orang.
Malaysiakini pula menyatakan bahawa angka mereka yang hadir di stadium tertutup itu hanyalah 12,000 orang!
Orang boleh saja keliru dan dikelirukan dengan angka-angka yang dikemukakan oleh para pemberita. Namun bagi segala lelaki Muslim yang wajib bersolat Jumaat, mereka lebih mengetahui dan merasakan makna magnitud@besar kecilnya angka-angka ini.
Jika kita berdiri bahu membahu, jari kelingking (kaki) pula saling bersentuhan dengan pasangan makmumnya ― kira dan kanan, berapa agaknya bilangan makmum di dalam satu saf? Katakanlah satu saf itu panjangnya 10 kaki?
Lihatlah foto yang disiarkan oleh sesetengah laman maya, apakah benar itu angka hanya 12,000 ribu saja jumlahnya?
Angka-angka begini sangat menggerunkan sesetengah orang walaupun bukan semua batang tubuh yang menambahkan bilangan angka itu memasuki saluran mengundi. Bukankah semua orang politik gerun kepada angka dan angka mestilah dihormati?
Jadi kita janganlah pelik dengan perbuatan sesetengah para pembesar yang menyewa bas dan membayar elaun makan demi untuk mengumpulkan khalayak dan menggerunkan musuh.
Demikianlah besarnya makna angka itu dalam kehidupan manusia politik khususnya.
Kedua: Silalah baca cara beritanya dipersembahkan
Bagi kita “Sinar Harian” melaporkan berita solat hajat perdana ini sambil lalu dan sepintas lalu saja. Tujuan dan matlamat solat yang sedemikian rupa tidak pula dibicarakan dengan terang ― hanya samar-samar.
Tidak pula disebut secara blak-blakan bahawa ini adalah aduan langsung rakyat kepada yang Maha Esa. Tidak ada ucapan Menteri Besar negeri yang diserang itu ― tak ada.
Namun begitu ramai yang begitu yakin bahawa ada akhbar Malaysia, misalnya akhbar A cukup terbuka dan bebas. Terbuka dan bebas? Dalam konteks ini, rasanya elok juga jika kita teliti dan fikirkan sebelum berkata ia terbuka dan bebas.
Lihatlah ‘cara’nya sesebuah akhbar itu melaporkan@mengolah sesuatu berita itu.
Mungkin saja akhbar A misalnya secara relatif, sedikit terbuka dan lebih bebas jika dibandingkan akhbar ketuanan Melayu yang serba kebal (dan bebal?) itu.
Ketiga: Siapakah yang gemar mengadu dengan Maha Penciptanya?
Solat hajat ― permohonan langsung hamba-hambanya kepada Maha Penciptanya adalah kaedah mereka yang yakin bahawa hiudp ini bukanlah satu kebetulan dan ‘peristiwa saja-saja.’ Hidup di dunia ini dilihat sebagai satu pertanggungjawaban yang abadi.
Keempat: Komen para pembaca Malaysiakini dalam isu ini
Perhatikan betul-betul komen para pembaca Malaysiakini dalam isu ini
Apakah para politikawan masih berpendapat bahawa rakyat jelata TIDAK memerhatikan tindak tanduk dan tingkah laku mereka?
Dalam senyap apatah lagi terang ― dinding pun sentias memerhatikan perbuatan pemimpin.
Apakah ini semua hanyalah khalayan kita semata-mata?
Satu lagi pesanan untuk mereka yang terlalu ghairah mahu menternak undi: Pada masa depan, semakin ramai dalam kalangan rakyat yang bakal melihat siapakah yang ditawarkan oleh sesebuah parti itu untuk menjadi calon mereka. Apakah itu pemimpin untuk rakyat atau apakah calon itu adalah jaguhnya kaum A.
Apakah pemimpin mereka itu orang yang tebal selera perkaumannya atau apakah calon yang ditawarkan itu sentiasa bertindak sebagai pemimpin segala@seluruh rakyat.
Ertinya sesuatu isu dilihat secara telus, konsiten dan bertanggungjawab dan bukannya demi menjaga undi-undi yang mahu diternak.
No comments:
Post a Comment