Yang muluk-muluk: Di atas kertas
Ada orang mentertawakan idea dan penulisan yang muluk-muluk (tentunya di atas kertas) dengan pertanyaan, “ Apakah tujuan semua jargon yang kadang-kadang sukar dihadam maknanya itu?”
Pernah terdapat pemimpin nasional kita yang mengulas sinis bahawa apa yang terjadi sekarang ini ialah yang bekerja biasanya adalah kertas. Pemimpin ini bercakap tentang keghairahan para penjawat awam yang sangat rajin bekerja menulis kertas tapi gagal melaksanakan idea-idea yang bagus-bagus itu ke dunia nyata.
Ya, di sana ada kesenggangan@jurang yang nyata di antara idea dan terjemahan idea yang bagus-bagus tersebut itu ke dunia nyata.
Dalam bahasa seharian, orang-orang di kampung saya selalu berkata, “ Buat cucur dengan mulut bolehlah...”
Apakah ubat yang mujarab untuk penyakit seperti ini?
No comments:
Post a Comment