Monday, January 10, 2011

Gunting dan tempel

Gunting dan tempel SATU:

“Dari Harakahdaily:

"Solat hajat Penuh sesak di Stadium Melawati
Oleh: Ismail Hashim

SHAH ALAM, 9 Jun: Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.

Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena  diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul  Am, Datuk Dr Haron Din.

Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.

Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.

Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah program, setakat ini, Tan Sri Khalid dan Tuan Guru Presiden sudah pun berucap.”


Gunting dan tempel DUA:

“Dari The Malaysian Insider

Umno committed treason in 1993, says Khalid
By Yow Hong Chieh
January 09, 2011

SHAH ALAM, Jan 9 – The Selangor government’s proposed changes to the state constitution are not only to resolve the state secretary impasse but “to right a wrong”, Tan Sri Khalid Ibrahim said tonight.

The Selangor mentri besar said it was not right that the Selangor Sultan had his powers taken away by Umno in order to cement federal power over the state during the 1993 constitutional crisis.
“Umno was the one who took the powers away ... but when we informed the Sultan that he did not have powers (of appointment), we were told not to act in a treasonous manner,” he said during a rally at Stadium Malawati here.

“Who committed treason? In 1993, they (Umno) had already committed treason.”
Khalid reiterated that the Selangor government would be making several resolutions later this month to ensure the power of appointment returns to the Sultan and state government.

He also dared Umno to object to the proposed constitutional amendments.

“We will see their true colours, if they really support the Sultan,” he said to cheers from the crowd.

Khalid added that “the drama will continue” until the power to appoint senior officers was returned to the state.

The country’s richest state has been in turmoil in recent weeks since the Chief Secretary to the federal government named Datuk Mohd Khusrin Munawi to the post to replace outgoing state secretary Datuk Ramli Mahmud.

The Pakatan Rakyat (PR) state government has rejected Khusrin’s appointment and insists it has the right to name its own person for the job.

The row over Khusrin’s appointment has escalated to the point where the PKR-led state government is now seeking to implement constitutional amendments that will allow it to regain the pre-1993 authority to appoint the state’s secretary and other senior civil servants.

The Selangor MB also said that there would be no oath-taking ceremony between newly-appointed Khusrin and himself, adding that the latter will not be allowed to attend any executive council or state economic council meetings.”


Gunting dan tempel TIGA:

Juga dari “The Malaysian Insider” versi Bahasa

Isu SUK cubaan jejas hubungan Istana-Khalid, kata Ibrahim Ali
TERKINI @ 06:48:31 PM 09-01-2011
January 09, 2011

KUALA LUMPUR, 9 Jan — Isu penolakan pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi bagi jawatan Setiausaha Kerajaan negeri (SUK) Selangor dilihat sebagai satu usaha pihak tertentu yang cuba mengeruhkan hubungan antara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan istana.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata Khalid tentunya tidak mahu pening kepala dengan isu berkenaan apatah lagi mahu bermasalah dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Tetapi saya lihat ada pihak yang cuba mengeruhkan suasana ini dengan bertindak umpama baling batu sembunyikan tangan dalam isu-isu tertentu. Kesungguhan MB (Khalid) menolak Khusrin jelas ada dalang di belakangnya,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ibrahim, yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), berkata setakat ini Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak bersuara dalam media, bukannya bermakna mereka tidak berperanan.

“Tapi apa MB boleh buat. Dia ikut sahaja dalang di sebalik isu ini. Isu ini tidak menguntungkan beliau (Khalid) malah merugikannya. Matlamat utama ialah bermulanya pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor,” katanya.

Anwar, yang juga adalah penasihat ekonomi Selangor manakala Azmin adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor kawasan Bukit Antarabangsa, merangkap Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor.

Ibrahim berkata dalam isu ini, satu analisis politik perlu dibuat dengan tepat kerana untuk meminda undang-undang, sebanyak dua pertiga majoriti atau 38 kerusi diperlukan sedangkan kerajaan Selangor sekarang hanya mempunyai 35 kerusi dari 56 kerusi keseluruhannya.

Sementara itu, bekas ADUN Batang Kali, Datuk Zainal Abidin Sakom mendakwa isu ini disengajakan oleh satu gerakan dalaman PKR sendiri untuk menghilangkan keyakinan sultan dan rakyat kepada peribadi dan kepimpinan seterusnya kewibawaan Khalid.

Beliau berkata PKR seolah-olah sengaja membiarkan malah menggalakkan Khalid terus membuat kesilapan demi kesilapan yang dianggap besar sehingga sanggup mempertikaikan perkenan Tuanku Sultan. 

“Ini menyebabkan segala tindak tanduk sebagai seorang MB tidak mendapat keyakinan dan restu Sultan.

“Akibatnya bila isu menjadi semakin besar, kemungkinan besar Sultan akan mengeluarkan titah bahawa Tuanku tidak dapat bekerjasama dengan Khalid dan akan menggantikan dengan muka baru untuk menjadi MB,” katanya yang dipetik dari kenyataan di sebuah blog di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata beliau melihat dan meramalkan tindakan Khalid meneruskan sidang DUN tanpa perkenan Sultan Selangor tanpa kehadiran SUK baru yang dilantik akan memberikan kesan negatif hingga boleh mengakibatkan sidang tidak sah.

Katanya, gerakan menolak dan mengetepikan Khalid sebagai pemimpin PKR yang berwibawa seterusnya sebagai Menteri Besar telah telah lama dirancang oleh pemimpin dalaman PKR sendiri. 

Beliau berkata sandiwara PKR untuk mengetepikan Khalid juga dapat dilihat melalui keputusan Anwar melantik Azmin mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor yang pada mulanya dipegang oleh Khalid tahun lepas. — Bernama


Gunting dan tempel EMPAT:


“Dari blog Tukartiubnya Hisahmuddin Rais


PDF Handsad Parliment-krisis perlembagaan 1993 - Kenyataan President PERKASA datok Paduka Brahim Ali yg maha perkasa tu... Jilit II, Bil 67, 18 January 1993. 

Dalam kenyataan tersebut Brahim Ali menyatakan yang beliau sanggup berperang dgn Raja2 melayu dan keris Taming Sari tetap terhunus di tangannya... aku tulis sedikit petikan kata2 celupar beliau terhadap DYMM Agung.. 

" Ampun Tuangku, Keris ditangan ini keris Taming Sari, Kami datang tidak dijemput pergi kami tidak perlu disuruh. Kami datang menuntut janji, janji diikat antara Lemang Lebar Daun dan Sang Purba..Kami bercakap bukan bahasa Tuah setia membuta.." 

" Keris di tangan ini Keris Taming Sari, Keris bersepuh besi Kursani, Semangatnya meresap jiwa rakyat menjadi berani. Ingat Tuanku Bila Taming Sari Menuntut Janji, 7 Purnama angin Terhenti, 7 keturunan akan bermimpi." Kemuncak penderhakaan Brahim Ali yg mengugut DYMM Agung : 

" waspadalah tuanku, Jebat menikam dengan Taming Sari,Taming Sari yang berlanggir darah satu warna, Bagaimana pula kalau Taming Sari ku ini menuntut Darah KELAINAN Warna..? Taming Sari ditangan inilah yang akan menentukan segala.." 

Hebat Pak Berahim ikut telunjuk Mahatir.. Masa Pak Brahim mengucapkan Taming Sarinya menuntut KELAINAN DARAH ( Darah Raja2 Melayu ).. 

Mahatir membangunkan dirinya sedikit dan menunjukkan sokongan dan tanda " Good " dengan kedua2 tangannya... Isham.. ini Fakta sebenar jangan korang delete pulak..!! 

Itulah dia Pak Braim President PERKASA yang hebat bersandiwara semata2 demi kepentingan Politiknya.. Sifat yang sama seperti Patih Karma Wijaya pada Zaman Melaka dahulu..!! Patut kena Laungkan " Hidup PERKASA.. Hidup Patih Karma Wijaya..!!”



__________________________________________________________________________

RUMUSAN:

Ringkasan bahan gunting dan tempel:

Bahan nombor SATU:  Laporan malam  ini (9 Januari 2011) di Stadium Melawati, Program Solat hajat Perdana. 

Apakah tidak benar bahawa yang PERKASA itu adalah RAKYAT?  


Bahan nombor DUA: Ucapan/pendedahan oleh Tan Sri Khalid, Menteri Besar mala mini.


Bahan/sampah sarap nombor TIGA: 

Karya kreatif@Mahakarya Maharaja Fiksyen@Maharaja Pasir Mas dan kroni.


Bahan nombor EMPAT:

Rekod berbentuk Hansard oleh pahlawan yang ‘mempertahankan’ kedaulatan Raja-Raja Melayu satu ketika dulu.


PENUTUP:

Wahai gerombolan, janganlah gormal banyak-banyak, UNDILAH pindaan yang dicadangkan kelak.

Kita lihat apa pula kata ‘Apa Namanya’ nanti…







No comments: