Tuesday, January 4, 2011

Senjata makan tuan

Perkauman: Senjata yang telah memakan diri


Mereka bermula dengan premis bahawa kepentingan kaum itu mestilah dijaga sampai bila-bila, hatta ke hari kiamat kerana itulah sebab musabab paling utama kenapa politik itu mesti wujud ― buat menjaga kepentingan kaum walaupun berkecai daging dengan tulang.

Maka Frankenstein yang bernama perkauman itu pun mereka cipta demi untuk memastikan tuan punyanya dapat dilindungi buat selama-lamanya.  Itulah fikiran dan pemikiran yang wujud dalam para penciptanya.  Hari ini manusia jadian yang telah mereka cipta itu menjadi makhluk@monster ganas yang tidak dapat dikawal.  Makhluk jadian ini meminta darah tuannya.

Hari ini sebuah karya sastera, sebuah kerja seni yang pada asasnya murni juga diterkam makhluk jadian itu.  Karya kreatif sebagai sesuatu yang halus, indah dan penuh dengan widoma juga dikerkah oleh perkauman.  Kini orang-orang politik dari kelompok kaum lain juga menjuarai martabat kaumnya.

Novel ‘Interlok’ yang wujud puluhan tahun yang lalu sudah diterkam perkauman.  Demikianlah tragedi bangsa kita.

Itulah khazanah yang telah kita kumpul untuk diwarisi oleh anak-anak cucu dan cicit kita.  Begitulah hebatnya Umno dan para kerabatnya.


No comments: