Sebelas orang, beberapa minit, dua buah SDN.
Ya, mereka tidak perlukan pelbagai kertas kerja, sesi percambahan otak atau pun pelan strategik yang ruwet dan berbelit-belit untuk menjadikan dua buah SDN BHD sebagai tukang pungut hasilnya.
Ya, dua orang penyewa telah mereka lantik khas untuk menjerat keuntungan yang namanya kesalahan lalu lintas.
Hanya sebelas orang ahli Parlimen yang sempat berbahas. Hari ini sudah ada dua buah syarikat sendirian berhad buat mengutip keuntungan atas kesalahan lalu lintas rakyat. Untung yang diperolehi bergantung kepada berapa banyak SDN BHD mampu menjerat ― mangsanya.
Jika SDN BHD mendapat 20%, maka 80% daripada hasilnya akan masuk ke kantong pemerintah.
Rakyat boleh saja menjerit, memekik, meronta-ronta, menyumpah dan apa lagi...
Dua buah syarikat sendirian berhad adalah dua ekor tukang kutip hutang yang sudahpun bersedia dengan jerat dan lukahnya.
ii.
Apakah sudah ada syarikat sendirian berhad yang telah ditunjuk untuk melesenkan (baca:mengamankan) para blogger, facebooker dan yang sekelas dengannya?
Sementara itu, seorang tua di kaki usia sangat sibuk bersyarah tentang Melayu, Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Lee Kuan Yew dan ― tentunya Islam.
Tukang heboh itu, lagi sibuk dengan lencongannya.
iii.
Siapakah yang terlalu gagah dan sering bercakap tentang talkin, pusara dan epitaph untuk para gerombolan?
No comments:
Post a Comment