“Selamat datang Miskun, selamat datang!”
Rupa-rupanya banyak yang perlu dilaluinya. Banyak yang perlu ditempuhnya sebelum prosesnya sampai ke penghujung jalan.
Bila dia memilih untuk menjadi pemandu teksi, setelah dia tamat perkhidmatannya dengan pemerintah, Miskun seakan-akan yakin bahawa urusannya tidaklah terlalu sukar. Sebagai bekas penjawat awam, dia yakin semuanya dapat diatasi dengan baik, selamat sejahtera.
Ternyata dia terkejut dengan realitinya; alam nyatanya.
Mula-mula ada urusan mendapatkan psvnya, lesen pemandu kereta awam yang perlu diperolehinya terlebih dahulu.
“Kena test bang, kena kursus dulu. Bayarannya sekian-sekian. Kami boleh tolong uruskan.” kerani berambut perang, penjaga kaunter sekolah memandu itu menjelaskan.
Itu baru permulaan. Ada lagi pengalaman-pengalaman baru yang mesti diranduk dan diredahnya.
Rupa-rupanya di dalam sana ― dalam dunia yang namanya dunia seorang pemandu teksi itu, wujud pelbagai peraturan, undang-undang, prosedur, proses yang mesti ditempuhinya.
“Selamat datang ke dunia peraturan!”
Miskun terasa seperti diejek-ejek oleh kerani di sekolah memandu itu.
Rambutnya yang perang kelihatan semakin perang.
No comments:
Post a Comment