Kain rentang, kereta lama dan RON 97
(Kita poskan dulu, tanpa gambar kain rentangnya...)
Seingat kita kerja membentangkan kain rentang@banner ini dimulakan oleh Pakatan Rakyat. Yang paling galak memasangnya Pas dan PKR. Dap jarang-jarang kelihatan.
Maka Umno pun tidak mahu ketinggalan kerana parti yang setengah abad memerintah ini juga tidak mahu kelihatan ketinggalan. Lecehlah kalau kain rentang pun tak berupaya ditempah dan dipasang di merata-rata tempat!
Perlumbaan memasang kain rentang ini menjadi semacam satu kegilaan@trend sehinggakan sekolah pun (agaknya) tidak lupa mendoakan agar semua pelajarnya mendapat 5A dalam UPSR. (Kekadang kita pun terfikir juga, katakanlah semua pelajar itu menjadi pandai-pandai belaka dan rata-rata bercita-cita cepat kaya dengan menjadi doktor dan peguam, siapakah lagi yang bersisa untuk menjadi pandai besinya? Agaknya begitulah agaknya makna bersekolah, supaya cepat-cepat dan mudah menjadi kaya raya?)
Kawan saya Amin Al-Bab juga memasang kain rentang mempromosikan bahawa dia bakal memecat zaman bujangnya. Wah, diam-diam kamu juga mendapat calon bini yang lumayan cantiknya....
ii.
Di Taman Ria, Sungai Petani, Kedah saya terpandang kain rentangnya.
“Apa dibuatnya di pasar kita?”
“Dia mengedarkan buah limau...” jawab jiran saya.
Tak tahulah sama ada orang-orang Melayunya kebagian buah limaunya.
iii.
Buat teman-teman Tionghua kita (termasuk itu pemimpin kita yang tidak mahu peduli tentang budaya orang lain itu), kita ucapkan:
“Selamat Menyambut Tahun Baru”
Sambil itu, sila fikir-fikirkanlah bila, di mana, bagaimana mahu rakyat lempar kereta-kereta persendirian yang umurnya melebihi LIMA BELAS tahun itu?
Kata teman sekampung saya, “Aku ingin mengajak Mahfuz Omar memulakan kempen memparkir semua kereta itu di sepanjang lebuh raya Utara-Selatan. Biarlah Kerajaan Rakyat didahulukan ini lihat, kereta siapa saja yang terlibat...”
Siapakah yang sudi bentangkan butiran Akta JPJ yang terbaru itu?
Oh, ya ― apakah betul hadiah Tenang ialah RON 97 diselaraskan sikit ke atas mulai malam tadi?
No comments:
Post a Comment