Entri Mat Madani.
Inilah entri Mat Madani dalam buku hariannya, Februari, Tahun 2011:
Hari itu adalah hari yang cukup sarat dengan istilah, jargon, takrif dan ungkapan. Ada yang dapat kufahami, namun banyak lagi yang masih kabur-kabur. Jika ada sedikit kefahaman, banyak lagi yang perlu dicari pengertian lanjutnya ― biar lebih jelas dan mantap.
Istilah dan ungkapan untuk santapan khalayak
Dalam percakapan, umumnya ucapan kepada khayalak, sesekali kita temui istilah-istilah tertentu yang digunakan oleh pemidatonya. Jika kita amati, banyak yang boleh kita pelajari daripada ungkapan-ungkapan ini. Berikut ialah contoh untuk perhatian kita bersama:
Political Islam, Islam dan konotasi politiknya
(Ini muncul kerana wujudnya persepsi bahawa Islam sudah menjadi semacam instrumen dan teras utama dalam kerja-kerja berpolitik? Apakah dan bagaimana pula dengan tanggapan mereka yang yakin bahawa yang tepat ialah memastikan supaya agama itu sentiasa saja berada di luar garisan ― istilah popularnya ialah politik suku, agama suku? Ini bermakna kaedah sedia ada seperti yang diperjuangkan oleh kelompok sekular itu jauh lebih baik.)
Islam and democratic compatibility (Keserasian Islam dengan demokrasi)
(Dikatakan muncul dan wujud sebagai tanda tanya@kemusykilan oleh kelompok yang berpendapat@ragu-ragu apakah sesungguhnya demokrasi itu serasi dengan Islam?
Dalam konteks ini, sebenarnya apa wujud versi lain yang diangkat oleh Islam dalam memandu manusia bernegara? Dan versi itu bukanlah demokrasi pe se?)
Ada yang bertanya ― kenapakah Islam perlu dan mesti dihakimi oleh yang namanya demokrasi itu? Bukankah Islam itu sudah cukup agung@lengkap untuk dinilai sedemikian rupa? Demikian mereka berhujah. Lalu ada yang membalas bahawa ini adalah retorik semata-mata. Jika ada mana contohnya? Katanya ramai yang tampil untuk menunjukkkan bahawa Madinah itu adalah contohnya. Ada yang mungkin setuju, namun ada yang berkata,”Ini tidak meyakinkan.”
Mat Madani meneliti lagi, notanya...
Dignity deficit, kemuflisan harga diri? (atau maksudnya dignity deceit? atau penipuan harga diri)
Social media, on-line and real time (media sosial dalam talian, la-la tu juga)
Curse of oil (Kutukan minyak)
Indigneous regression (kemunduran kaum pribumi)
Expansion of the power of the State (pemeluasan kuasa pemerintah, cengkaman tambahan kuasa penguasa)
Defensive modernization (modenisasi songsang?)
Civil society (masyarakat madani)
To subvert democracy (aptl)= aku perlu bertanya lagi
Blantantly repressive policies (aptl)
Autocracies and dictorships in the Muslim world
Suppress dissent with state-controlled organs
Political marginalization and economic impoverishment
Primitive education system
...
ii.
Sebelum tertidur, sempat juga Mat Madani membelek-belek peragaan, pose istimewa Adik. ― mengalahkan FLOM, fikirnya.
No comments:
Post a Comment