Sunday, February 13, 2011

Kerajaan pura-pura

Rencah berita dalam Harakah cetak Bil. 1614 (11 – 14 Rabiuawal 1432, bersamaan 14 – 17 Februari 2011)


Kolum catatan hujung Ahmad Lutfi Othman (N31) yang berjudul “Nazim, Hasbi dan Daim” membawa dua tiga persoalan yang menarik ― tapi tidaklah begitu mengejutkan:

Satu:

“Menurut maklumat yang diperolehi, cadangan pengubahsuaian Masjid Jamek Kampung Baru itu telah diberikan kepada NRY Architect Sdn. Bhd yang dimiliki Nazim, adiknya Najib.” 

Sementara di para awal, Lutfi mencacatkan “peruntukan sebanyak RM20 juta bagi membiayai pengubahsuaian Masjid Jamek Kampung Baru itu akan disalurkan melalui syarikat  pembangunan strategik kerajaan, 1Malaysia Decelopent Board.  Turut hadir di dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru, Mohamed Nazim Abd. Razak, yang juga adik Najib.”

Dua:

Salah satu yang cukup menarik perhatian ialah gambar yang membawa caption berikut ‘Pengawal keselematan universiti bertindak menekap mulut seorang aktivis pelajar pro-mahasiswa ketika mahu memberikan ucapan!”

Demikianlah kuatnya penangan kuasanya Itu Sang Penguasa gedung ilmu kita,  mengawal kepentingan  tuan-tuan mereka.  Meminjan ungkapan seorang teman lama, “How pathetic”

Tiga:

Dinsman dalam Wacana Budaya (F12) mengeluh lalu bertanya, “ 12 tahun lebih, di manakah silapnya kita?” dan seolah-olah mengaku, “ Rupa-rupanya tidaklah begitu mudah untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang (walaupun ) zalim.”

Ramai anak-anak remaja yang ditemui sangat yakin bahawa Selangor dan Pulau Pinang akan dirampas dengan apa cara sekali pun ― termasuk dengan mengecoh@menipu!  Alasan mereka  cukup mudah ― sumber duit Umno/BN telah kering apabila negeri-negeri tersebut terlepas dari genggaman mereka.

Kita perlu waspada dengan pandangan seperti ini walaupun datangnya dari kepala anak-anak muda.

Empat:

Sementara di bahagian lain, penyumbang konsisten Harakah, Safar Jumaat dalam “Usaha terancang sekat demokrasi berfikir” (F14) mempersoalkan kenapa KDN begitu ghairah sekali mahu mengawal media baru sementara masalah pendatang haram begitu meresahkan dan sangatlah gawat.  Kenapa mahu dipermudahkan kemasukan pendatang asing yang baru,  apabila masalah sedia ada pun sudah cukup membimbangkan?

Ya, satu soalan yang sangat wajar, valid lagi tepat.

   
Lima:

Dalam mens sano corpore sano, Subky Abdul Latif dalam “ Mempolitik Khusrin, mempolitik Ops Piramid” (N5) bertanya bagaimanakah boleh wujud plakad yang pelik-pelik di lapangan terbang apabila para pelajar kita di Mesir itu tiba?

Kata Subky, “ Semua suasana dibuat bagi memuja Perdana Menteri.”

Aneh ― tapi benar, orang yang paling kuat jerit-menjerit itulah ― paling kuat lakonannya.   




No comments: