Sunday, February 13, 2011

Lipur lara Melayu versi baru

Malaysiakini  Feb 12, 11 8:06pm

“New Malay dilemma in defence of their race  Former Prime Minister Dr Mahathir Mohamad said today Malays now face a dilemma in that they can no longer talk about their own race lest they be labeled racist.

He said this dilemma was not caused by other people but by the Malays themselves because they were incapable of defending themselves and often gave in or withdrew whenever a crisis occurred.

"We are in a dilemma. If we remain silent, it could be taken as accepting an opinion. But, if we respond, we may be accused of being racist. I am not racist. I am merely stating the truth. When we talk of our race, we acknowledge the race. We should be proud that we are Malays," he said.

Mahathir was delivering a keynote address at a symposium on 'The Malay Dilemma: Perspective and Conclusion' organised by the Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) at the Dewan Merdeka of the Putra World Trade Centre (PWTC).”

_____________________________________________


Sepertimana yang telah dan pernah kita poskan ke laman ini tidak lama dulu, inilah salah satu paksinya (Dianya-1Malaysia-Perkasa dll) yang terus-terusan menggelupur demi untuk memastikan tongkangnya tidak karam.

Perlukah kita buang masa memecahkan kepala untuk memberikan pandangan?  Tak perlu.  Lebih baik,  kita bercerita sebagai seorang penglipur lara.  Lipur laranya, mungkin begini:

Mungkin kita mulakan lipurnya dengan kisah tikus dan seluruh anak pinaknya ― cucu dan cicitnya tikus yang katanya telah lama menempah tiket, untuk membesarkan tongkang.  Ada bapa tikus mondok yang berfikir-fikir untuk berenang ke padang ragut di Argentina.  Ada juga yang memilih untuk menyelam supaya segera sampai ke Terumbu Layang-Layang di Laut Cina Selatan ― niatnya untuk menetap selama-lamanya di Restoran Terapungnya, sambil menikmati alunan laut yang serba biru, sambil itu leka menelaah isi kandungan straetgi gelombang biru.

Ada yang berfikir-fikir mahu menanam semula kelapa di keliling tongkang.  Kenapa bersusah payah pedulikan pokok-pokok kelapa? 

Di Kerala ada pokok kelapa.  Di Gajah Mati pun ada pokok kelapa.  Kelapa tak boleh ditinggalkan kerana itu khazanah datuk nenek.  Kata kawan saya, Saudara Abdul Razak sekarang ini, sebiji kelapa melambung-lambung harganya.  Sesiapa yang telah menebang pokok kepala di keliling rumah, meraung-raung sedih kerana telah menebang rezeki.

Tuan bolehlah sambung lipur laranya dengan pelbagai kisah lain,  kecuali kebingungan atau keserbasalahan Melayu.  Orang-orang Melayu ramai yang muntah-muntah hijau mendengar cerita itu kecuali... (tuan sambunglah sendiri kisahnya ― kisah mereka yang masih doyan diperbodoh-bodohkan).




No comments: