Liatnya melentur perubahan
Dalam Harakah mutakhir bilangan 1612, 4-7 Rabiulawal 1412/7 – 10 Februari 2011, Saidah Hairan dalam artikelnya bertajuk “Johor perlukan pendekatan berbeza”, antara lain memperingatkan kita, “ Kebanyakan rakyat Johor berpendidikan agama tetapi mereka seolah-olah hanya menjadikan agama itu sebagai satu mata pelajaran.
Rakyat Johor ada kumpulan berzanji dan kumpulan Yasin. Setiap minggu mereka akan berkumpul membaca Yasin di rumah-rumah yang ditentukan. Begitu juga ketika hari raya, mereka ada kumpulan marhaban. Alunan selawat bergema di setiap buah rumah yang dikunjungi selama sebualn Syawal. Inilah uniknya, rakyat Johor.”
Sementara Dinsman dalam Harakah yang sama di kolum, Wacana Budayanya, menceritakan pengalaman Paksi dan ANAK berdepan dengan jentera dan soldadu Umno di Tenang, “ Nah, anda bayangkan bagaimana, apabila kedua-dua speaker itu dibunyikan. Kita berpuisi, tazkirah, nasyid dan berselawat, dan pada masa yang sama mereka memasang lagu dengan nyaringnya. Tak ada tujuan apa-apa selain sabotaj. Orang kampung saya kata itu dengki.”
Sementara itu Lim Kit Siang menyeru supaya Najib mengambil ikhtibar apa yang berlaku di Mesir dan meneliti dengan saksama kes ADUN Sri Muda (1)
Kemudian daripada itu, seorang Ketua Pemuda Parti komponen BN, di Alor Setar membelasah Pas dan PKR kerana menunjukkan simpati kepada perjuangan rakyat Mesir...
Pada waktu yang sama, krisis pemilihan langsung PKR nampaknya tidak juga mahu reda-reda. Di Sabah ada orang besarnya PKR yang baru dilantik, melompat ke dalam rumah Umno yang katanya mahu roboh.
Seorang kawan lalu memanjang pesanan ringkas teman yang lain ― “Eloklah Pakatan Rakyat tangguh dulu mimpi Putrajaya dalam PRU13.”
Seorang kawan yang lain pula menyatakan ‘sebagai rakyat biasa, aku rimas bila BN dan PR asyik sibuk fikir mengenai pilihan raya...”
Seorang teman bukan Melayu sekali lagi mengingatkan, bahawa jangan diharap kepada cerdik pandai dan kumpulan menengah untuk bangun mempelopori perubahan. Katanya dengan tegas: Mereka tidak akan berbuat demikian kerana mereka bukanlah kelompok yang mahu membawa perubahan.
Kita tunggu dan nikmati bersama-sama segala hadiah yang akan diberikan oleh Umno/BN. Kita tunggu dan terima apa yang bakal terjadi dengan media baru seperti blog, facebook dan lain-lain yang akan dijadikan undang-undang.
Kita tunggu dan lihat apa akan terjadi dengan KASE II.
___________________________________________________
(1) Kit Siang tells Najib to heed Egypt, free Shuhaimi By Yow Hong Chieh, February 05, 2011, The Malaysian Insider.
KUALA LUMPUR, Feb 5 — Lim Kit Siang has told Datuk Seri Najib Razak to heed the Egyptian crisis and withdraw the sedition charge against Sri Muda assemblyman Shuhaimi Shafie.
Lim urged the prime minister to take this “tiny step” in order to prove his administration had the political will to “wind down” and eventually end political repression.
“If the Najib administration is to learn from the lesson of the Egyptian crisis, there are many things it would have to do — but let it start with the tiny step of withdrawing the sedition charge against Shuhaimi on Monday,” Lim said in a statement today.
He said Shuhaimi’s sedition charge was the latest reminder that the Attorney-General’s Chambers served Barisan Nasional (BN) and not the people.