Saturday, February 5, 2011

Penulis Melayu penakut dan kaki ampu?

Apabila kita berhenti menjadi kritis

Dalam pesanan ringkasnya kepada saya,  seorang teman editor antara lain menulis, “Ada kawan komen bahawa blogger dan penulis Melayu semakin tumpul untuk tampilkan analisis bernas, berwibawa, apatah lagi pendedahan menggemparkan, berbanding yang berbahasa Inggeris. Betulkah?”

Kita katakan bahawa pandangan itu benar. Malah dalam blog ini,  kita pernah menyatakan terdapat begitu banyak bahan yang baik dan bermutu yang ditulis dalam bahasa Inggeris.  Ramai juga blogger Melayu yang menulis dalam bahasa Inggeris walaupun penguasaan bahasa Melayu mereka tidak kurang hebatnya.

Dalam The Malaysian Insider versi Inggerisnya, beberapa hari yang lepas,  terdapat dua buah tulisan yang cukup menarik; yang pertama bercakap tentang KPInya Ketua Hakim Negara dan pengaruhnya terhadapan proses keadilan di negara ini.  (Kata penulis tersebut, setiap minggu ada yang dihukum mati.) (1) Sungguh itu sebuah artikel yang kritis, berani dan berterus terang.

Sementara artikel yang kedua pula ditulis oleh Clive Kessler iaitu sebagai respons terhadap isu bahasa Melayu dan kesetiaan orang-orang bukan Melayu yang ditulis oleh Ahmad Rejal Arbee,  mantan editor kanan sebuah akhbar Melayu.  Ulasan Clive itu memaparkan di antara penyakit kronik yang dihidapi oleh bahasa Melayu ― politik bahasa yang tidak sihat berjaya membuat bahasa itu berhenti menjadi medium pengucapan hal-hal yang kritis, berani dan berterus terang?       

Dalam konteks pengucapan dalam bahasa Melayu ini, kita tentu tidak lupa bagaimana payahnya Aliran yang mahu berbahasa Melayu tidak diberikan permitnya?   Aliran ialah di antara majalah yang tetap kritis, berani dan berterus terang ― dalam bahasa Inggeris. 

Mungkinkah inilah di antara faktor utama kenapa, sehingga ke saat ini, tulisan dan juga para penulis yang menulis dalam bahasa Melayu/Malaysia itu tetap ― dan berterusan mandom dan koroi.

Inikah juga sebabnya kenapa orang-orang Melayu masih juga belum berganjak biarpun suasana dan persekitaran mereka cukup gawat sekali? 

Tidak tepat?  Lalu kenapa karya sastera yang kritis pun ditakuti?

Apakah para penulis Melayu (termasuk para sasterawannya) yang menulis dalam bahasa ibundanya, adalah para pengampu besar belaka?

Adakah sasterawan kita yang seakan-akan tuan punya Tukartiub?

_______________________________________________________________________      

(1) Rushing to clear a civil law suit is one thing but rushing the hearing of someone charged with a capital crime is another. What more, when according to those present, most judges enter their courts with the intention to convict, regardless of whether the defence counsel could have successfully proven his or her client’s innocence or not.

Chief Justice Tun Zaki Azmi, the man behind the KPI system, was known to have said this: “Those who complain that we are moving too fast are those who are not ready to proceed with their cases.” According to him, it is necessary for lawyers to be prepared when they come to court and therefore, it is unnecessary to grant more time for defence lawyers to prepare their cases. Sila rujuk (Time to walk… for change in the judiciary:  February 04, 2011 (The Malaysian Insider) oleh: Lim Ka Ea

(2) Ever strengthened by our championing of its cause, it will in turn become our strong political bulwark and weapon, and our moral and symbolic bludgeon, against those who dare question, as we see it, the Malay stake in the country, or in other words the permanent categorical political primacy of the Malays among, and over, the nation’s diverse citizenry.

This is precisely what Rejal is now doing. That is the effect, if not the explicit and intended purpose, of his proposals. He would use the Malay language to establish a kind of “citizenship loyalty test” to which, under present political conditions, many non-Malay citizens of good conscience cannot happily submit and in which (along, let it be said, with the vast majority of the nation’s Malay citizens) they are in the main doomed to fail.

This is precisely not the way to ensure that the Malay language will become the living, enabling medium of a genuinely modern Malaysian culture in which all Malaysian citizens, regardless of cultural background, can happily participate, the shared and jointly nourished “cultural space” where they may mutually engage in an inclusive Malaysian “national conversation”.
The Malaysian Insider: Language and national patriotism: What Datuk Ahmad Rejal Arbee forgets — Clive Kessler February 04, 2011,



No comments: