Saturday, February 5, 2011

Tampang pemimpin kita?

Dari Malaysiakini:

PAS, PKR 'biadap' for demonstrating on CNY
Feb 4, 11 11:01pm

Kedah Gerakan Youth chief Tan Keng Liang (below) blasted opposition political parties PAS and PKR today for demonstrating on the second day of Chinese New Year.

Chinese New Year, Tan said, is the main Chinese celebration in the country celebrated by all Malaysians.

For this reason, Kedah Gerakan Youth regrets that PAS and PKR leaders and members demonstrated in solidarity with the pro-democracy movement in Egypt today, said Tan.

“This is an act of uncouthness and disrespect for the Chinese New Year celebration in Malaysia.

“The second day of the Chinese New Year is a public holiday for all Malaysians.
"The actions of PAS and PKR have burdened public servants such as the police, who have had to work overtime,” said the Gerakan Youth leader in a statement.

__________________________________________


Kalau tuan tidak tahu inilah dia yang dikatakan pemimpin sejati.  Pemimpin yang sentiasa mengajak pengikutnya percaya  ― tempurung itu maha indah perkasa dan itulah langit paling tinggi di alam ini.

Kalau tuan belum nampak, inilah profil pemimpin yang kerjanya memperbodoh-bodohkan rakyat dengan segala macam gula-gula seperti kalau kau itu asalnya ras ini, maka kaulah yang paling perlu diutamakan.  Maka ramai jugalah yang namanya pemimpin itu berebut-rebut ― hatta bermati-matian supaya kelihatan-dan-menjadi-seperti-ras itu.  Ada yang namanya pemimpin kelas ini sentiasa saja paling ke depan dan sangat cekap menjual kulitnya supaya sentiasa kelihatan gagah lagi perkasa.

Inikah profil pemimpin yang mendobrak segala macam jamban untuk mencari segala macam hujah demi untuk menghodohkan lawannya kerana lawannya telah nyata bangkit menentang segala macam kezaliman pemimpin?

Inikah dia wajah pemimpin?

Pemimpin kita?


No comments: