Tuesday, February 8, 2011

Undang-undang, bila kau terima undangannya?

Perihal undang-undang


Rambu-rambu jalan bukanlah hiasan untuk mencantikkan lagi alam ini.  Ah, betapa bodohnya penyataan sedemikian.  Sejak bila orang menghiasi alam kita ini dengan pelbagai lambang, simbol dan angka-angka?

Sejak angka 80 ini ditegakkan kira-kira 42 km dari bandar Ipoh itu, entah sudah berapa buah kenderaan yang telah melanggari arahannya.  Entah berapa orang pula yang disaman oleh yang memiliki kuasa untuk menyaman kerana pemandunya engkar dengan peraturan yang telah ditetapkan.

Entah sudah berapa orang pemandu pula yang telah lolos kerana si tukang jaganya,  terlelap ― mungkin sekejap, atau mungkin juga dua kejap.


ii.


Bagaimana jika si tukang jaganya memilih-milih ― terlelap atau pun terjaga?   

Kekadang orang boleh saja terlelap walaupun peristiwanya dilihat oleh seluruh rakyat jelata, malah oleh seluruh warga dunia.

Salah satu contohnya, sepanduk ‘natang’ di Ganu sedikit masa lalu.

Siapakah yang yakin seratus persen,  undang-undang tidak pernah kenal bulu?

Tuan yakin, seratus persen?

  


No comments: