Breaking Views – “The Malaysian Insider” memetik berita oleh Utusan Malaysia.
Berikut kita senaraikan secara ringkas, inti dan pati berita yang ditulis oleh Zulkifli Jalil (Utusan Meloya) berhubung kempen Pas dalam PRK, Merlimau. Ulasannya bertajuk, “PAS marah yang ‘bukan-bukan’ — Zulkifli Jalil, March 03, 2011.
Hujah Tuan Zulkifli Jalil ini, kita bahagikan ke dalam beberapa tajuk:
1. Isu “dinasti” membabitkan keluarga calon BN
(Nota tambahan: Di peringkat kerajaan persekutuan sekarang ini, apakah tidak ada dinastinya Razak, Hussein Onn dan Mahathir? Buat apa bersusah payah berhujah yang bukan-bukan?)
2. Pengintipan isu rasuah oleh Pas dengan skuad kameranya
(SPRM menjalankan intipan diam-diam)
(Nota tambahan: Usah berhempas pulas berdalih dan buat-buat buta dengan peranan pelbagai agensi dalam memenangkan Umno. Ada agensi yang begitu sekali terkial-kialnya mahu membuang bencana ‘siasatan rasuahnya’ Teoh Beng Hock. Sampai-sampai ke tahap bukti robotik. Sungguh luar biasa sekali. )
3. Gambar lucah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat adalah tindakan reverse psychology Pas.
(Nota tambahan: Apakah tuan yakin, seyakin-yakinnya bahawa semua dan seluruh rakyat boleh ditipu hidup-hidup dengan segala macam spin@putar belitnya oleh akhbar tuan berhubung segala macam ‘kerja baling batu sembunyi tangannya’ Umno? Kes mengarak kepala lembu di Shah Alam oleh geng dan pasukan songkok setinggi sepuluh hasta itu pun, belum lagi beres-beres... nampaknya, sudah tak mampu nak spin lagi.)
4. Anugerah Tawaran Baru RM 7,500 seorang kepada 586 guru besar dan 12,141 orang guru (RM 1,800 seorang). “PAS menjanjikan pula jika pihak pembangkang berkuasa, hampir 500,000 guru akan menikmati ganjaran yang serupa.”
(Nota tambahan: Rakyat yang berfikir (pakai otak, bukan dengan perut), seperti para guru pasti dapat MELIHAT dengan JELAS sekali kesan buku jingga Pakatan Rakyat itu. Tentunya kita juga cukup berterima kasih kepada seluruh rakyat Asia Barat kerana berani menunjukkan contoh yang jelas. Tuan tak payah nak berbelit-belit dengan segala ungkapan prihatin, jiwa rakyat. Itu semua auta penyamun cap tarbus.)
5. FELDA
5.1 Pas begitu marah kepada para peneroka dan ornag Melayu di pedalaman yang menyokong Umno
Pas marah kerana para peneroka Felda dan orang Melayu di pedalaman dan kampung-kampung dituduh sebagai “deposit tetap” Umno. Ini telah terbukti di Tenagn, Galas dan Hulu Selangor. “Rakyat tahu dan sedar peneroka Felda begitu dekat dengan Umno”
5.2 Pas tidak perlu marah kerana kerajaan Najib sangat menjaga kesejahteraan peneroka Felda.
Pendek kata, di bawah Umno peneroka Felda ada masa depan yang cerah. Lihatlah harga komoditi yang tinggi dan rancangan jangka panjang menjadikan Felda hab makanan dan sayur-sayuran yang pastinya bakal menjamin kesejahteraan itu.
5.3 Selain itu, Felda kini merupakan pengeluar utama gula negara dengan menguasai 70 peratus kepentingan dalam Malayan Sugar Manufacturing Co yang dimiliki jutawan Tan Sri Robert Kuok.
(Nota tambahan: Sila rujuk senarai manusia terkaya di negara ini, mutakhir oleh Forbes. Luar biasanya manusia kita dengan hartanya. Itulah sebabnya rezeki rakyat seluruh negara kita melimpah ruah jadinya. Sekarang ini mereka bergelut-gelut separuh mati dengan saman di ekor, yang kepalanya terlupa)
5.4 Felda turut mengeluarkan elektrik daripada biomas iaitu bahan-bahan buangan sawit. Ini terbukti di Lahad Datu Sabah.
(Nota tambahan: Boria Pulau Pinang boleh jadikan ini temanya yang baru...
Dengarlah tuan cerita kelapa sawit
Segala macam rezeki boleh dibuat duit
Darilah samun sampai ke rempit
Perut kenyang penuh cacing kerawit
Inilah boria tak pernah alpa...
Undilah BN, janganlah lupa
Kalau tidak, Melayu pasti papa
Habis tembakau ― tinggallah celapa..
Ini Boria ...)
5.5 Felda yang kini mempunyai nilai aset bersih berjumlah RM12.2 bilion mampu membayar cukai serta zakat melebihi RM1 bilion dan tidak begitu mudah akan diisytiharkan bankrap.
“Demikian juga Felda merupakan satu-satunya organisasi di negara ini menjamin pendapatan minimum sebanyak RM1,000 kepada peneroka di bawahnya dan tiada agensi lain yang berbuat demikian untuk kumpulan individu di bawah mereka.”
(Nota tambahan: Sila sahut saja seruan sdr Mazlan Aliman itu, bina pentas dan bawalah menteri tuan yang paling kanan untuk berlawan hujah, berdepan. Beranikah bos-bos tuan dalam Umno?)
6.0 Melaka Negeri kalis Pas
(Nota tambahan: Ini kita rezab untuk teman-teman kita dalam Paksi dan Budayawan Bertindak berhujah. Dalam senda guraunya teman-teman orang Melaka, mereka sering sebut tentang pelbagai Alur yang wujud di Melaka, ada segala macam Alur. Saya tahu Alox Setax)
Ulasan umum:
Sebagai penutup, kita mohon sudilah kiranya dipenuhi dua permintaan ini:
Pertama, sila izinkan diadakan debat terbuka, debat tamadun tinggi ― yang penuh adabnya, lengkap sopan santunnya di tengah-tengah padang yang luas di Merlimau supaya segala isu dapat ― dihujah secara terbuka di depan khalayak, lebih-lebih lagi isu Feldanya yanga katanya aman sejahtera itu.
Kedua, berikan peluang pembangkang memasuki seluruh kawasan Felda yang ada, Berikan peluang kepada pembangkang untuk menemui para pengundi.
Adakah permohonan sebegini keterlaluan ― menggerunkan Umno?
ps:
1. 0 Siapakah pencipta ungkapan simpanan tetap@fixed depositnya Umno/BN?
Kalau tak salah, yang pertama sekali mengungkapkan istilah ‘simpanan tetap’ @ fixed deposit itu adalah PM Najib, iaitu ketika bercakap tentang Sabah dan Sarawak. Sampai bilakah simpanan ini ‘tetap’ dan tidak kekeringan?
2.0 Bilakah rakyat akan bebas daripada cengkaman@hegemoni Umno?
Bila rakyat kerap mendengar hujah dan rasionalenya pembangkang
Bila rakyat merdeka dari segi ekonominya
Bila rakyat mampu berfikir di luar perut
Kerana:
Semakin menderita dan melarat rakyat jelata,
Semakin keras cengkaman hegemoni Umno.
Semakin galak:
Rakyat mencari naungan!
Kita doakan hari kemerdekaan ― hari pembebasan Felda itu tiba secepat yang mungkin.
No comments:
Post a Comment