Monday, March 14, 2011

Kata-kata hikmat

Ya, lagi madah-madah berhelah:

Datuk Wira Wan Ahmad, deputy chief of the Election Commission.

Dalam forum awam pada 22 Februari 2011, di Petaling Jaya, Selangor oleh Bersih ― cadangan berhubung pendaftaran automatik juga dibangkitkan. 

Deputy Chief, SPR ini berpendapat dan tidak berfikir, usaha ini tidak perlu kerana lima sebab berikut:

a) Ramai yang tidak mengambil inisiatif untuk menukarkan alamat mereka walaupun sudah berpindah dan tidak lagi tinggal di tempat yang dicatat dalam kad pengenalan.

b) Ramai yang tidak peduli pun untuk mengundi dan kita mestilah hormati hak mereka  

c) Segala butiran pengundi berdaftar akan dinyatakan dalam daftar pengundi.  Ada sesetengah orang tidak begitu selesa maklumat ini dipamerkan kepada umum.  Makanya, kita wajar hormati privasinya ini.

d) Peningkatan mendadak bilangan pengundi akan menyebabkan ketidakseimbangan jumlah  pengundi dalam sesuatu kawasan mengundi.

e) Terdapat aspek-aspek perundangannya yang perlu dilaksanakan sebelum membuat perubahan ini. (pendaftaran automatic ini).


Komen kita:


Anak-anak muda, termasuk anak-anak saya selalu menggunakan ungkapan: “Pa, itu jawapan skema, Pa ― hujah ikut skema!!!”

Ini serupalah dengan perangai para profesoreeee-aku-janji universiti tempatan kita.  Salah satu ciri pentingnya ialah arahan tidak bertulis, “Orang ini jangan sentuh, orang itu juga tolong jangan sentuh!!”. 

Seorang teman mahasiswa (mahasitua?) turut merungut, “Kita yang setua ini pun mahu diarah-arah, jangan sentuh Bik Mama, jangan tulis tentang TokJib...”     

Ertinya, kira-kira begini:

Kalau ada semacam ‘pemikiran’ bahawa segala macam kentut itu busuk, kita tidak boleh mengatakan bahawa kentutnya si anu itu busuk.  Itu taboo.  Apa lagi,  kalau sampai berani berhujah, kentutnya si anu itu sangatlah membusukkan.

Kelas duniakah ini?  Mahu mencapai dan masuki taraf ‘World Class?’

Tuan, usahlah tuan bergurau.  Janganlah bergurau, nanti mati semua baboon Afrika kerana kelebihan ketawa.

 ____________________________________

Sumber berita:

New Mandala New perspectives on mainland Southeast Asia
(http://asiapacific.anu.edu.au/newmandala/2011/03/12/towards-electoral-reform-in-malaysia/)

Towards electoral reform in Malaysia
March 12th, 2011 by Ivy Kwek, Guest Contributor  

Another key question was on automatic registration. Currently there are some 4 million eligible voters who are not registered. The second man in the Election Commission did not think that it is a good idea and quoted the five following reasons:

i) Many do not take the initiative to change their address and might be residing in area that is not in accordance to their identification card;

ii) Many can’t be bothered to vote and their rights must be respected;

iii) All registered voters’ particular will be made public in the electoral roll; privacy should therefore be respected as some might not be comfortable with it.

iv) The drastic increase in voters will cause imbalance in the population of voters in the respective constituencies;

v) There are legal aspects which need to be amended to allow the change.



No comments: