Monday, March 14, 2011

BOLEH, Ya, kita boleh!!

Dari Harakahdaily:

Demonstrasi DNA bukti kes liwat bermotif politik

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 14 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, demonstrasi yang didalangi Umno bagi menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA membuktikan bahawa isu liwat mempunyai kepentingan politik.

Katanya, isu tersebut sengaja ditimbulkan pihak tertentu berdepan pilihan raya umum akan datang.

“Demonstrasi itu jelas bahawa kes ini adalah kes politik yang diwujudkan bukan satu hakikat sebenar, tetapi agenda politik berdepan pilihan raya umum akan datang,” katanya pada sidang media Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini.

Beliau mengulas demonstrasi yang disertai 50 orang yang mendakwa mewakili 30 badan bukan kerajaan (NGO) di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square di Petaling Jaya baru-baru ini.
Mereka mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA, bagi membantu kes liwat yang diadu bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sementara itu, PKR akan menggerakkan kempen DNA iaitu 'Datuk Najib Altantuya' sebagai reaksi terhadap fitnah berterusan pemimpin  dan media Umno BN dalam isu liwat membabitkan Anwar yang juga Ketua Umum parti itu.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di parlimen hari ini.

“PKR akan menggerakkan kempen besar-besaran di bawah tema DNA iaitu Datuk Najib Altantuya’.

"Kita merancang untuk memulakan kempen itu mulai minggu hadapan," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, kempen itu berbentuk pengedaran risalah dan ceramah penerangan di seluruh negara.

“Kita kini sedang menyediakan dokumen berkaitan,” katanya.

Selain Abdul Hadi dan Anwar, turut hadir dalam sidang media itu ialah Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang dan pimpinan tertinggi ketiga-tiga komponen parti dalam Pakatan Rakyat itu.

_____________________________


Lama dulu, orang sudah dan selalu menyebutnya bahawa inilah zaman edan (gila untuk bahasa Jawa).   

Kita melihatnya semacam ‘soap opera’ siri tele-movie yang membuat ramai orang melekat di kaca tv. 

Jalan ceritanya diurus oleh para pakar bidang ― panel penulis skripnya yang pakar belaka.  Setiap hujung slot harian itu,  pasti ada unsur-unsur suspensnya, ada yang terjuntai seolah mahu menjunam ke dalam jurang, ada cliff hangernya (apakah betul istilahnya?)

Di negara yang mengambil tag-line, BOLEH, apa lagi yang tidak boleh?

Ya, apa lagi yang TIDAK BOLEH?

Lalu, apa lagi yang selamat?


ii.

Ini lain pula ceritanya.  Perhatilah hujah dan justifikasinya,  dan silalah baca hujah-hujahnya elok-elok.  Bacalah ayat-ayat penyedapnya yang dibuat khusus untuk kita semua. Macam ayat-ayat penyedapnya dalam kes MRT yang begitu sibuk dengan pesan Juruperunding dan maklum balas rakyat ketahui. 

“Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil, kata pemimpin ini.”  Demikianlah hujahnya.   Kita mendengar hujah ini di tengah-tengah kesedihan rakyat Jepun menghadapi mala petaka  besar yang telah menimpa mereka.

Kita turut bersedih dan berdukacita dengan musibah besar yang telah menimpa rakyat Jepun.  

Kita juga tersangat sedih dan ngeri dengan rentetan mala petaka akibat gempa bumi dan tsunami yang amat dahsyat itu.

Kita begitu ngeri melihat bahana yang menimpa loji nuklear itu dan segala kesannya sekarang ini.

Dalam kita kengerian yang amat sangat itu, lihatlah manusia-pemimpin ini muncul dengan segala justifikasinya.

Sungguh luar biasa yang namanya pemerintah itu.  Sungguh mereka sangat LUAR BIASA.

Apakah ini semua terjadi kerana ‘falsafah’  yang kita anuti selama ini?  Kita sentiasa serba BOLEH?


Dari The Malaysian Insider:

“Chin: First nuclear plant by 2021
December 19, 2010

Chin said Malaysia needed to wean itself of its fossil fuel dependence.

KUALA LUMPUR, Dec 19 — Malaysia plans to build two nuclear power plants that will generate 1,000MW each with the first plant ready for operation in 2021 and the second plant a year later, as part of the overall long-term plan to balance energy supply.

Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Seri Peter Chin said the government would engage an international consultant to evaluate the location and requirement for such plants to be built.

Meanwhile, more awareness and education programmes will be carried out to inform people on such a need.

“Hopefully, by 2013 or 2014, we will able to finish evaluating this. As for calling of tenders, we hope it will be done by 2016,” he told Bernama in an interview.

He said Malaysia was heavily reliant on gas and coal for its electricity supply and it was government policy to reduce reliance on fossil fuel. Gas accounted for 64 per cent of the country’s energy generation while the remainder came from coal.

“We must get away from this. (It is) very much imbalance. Most countries have a good balance. We want hydro to assume a prominent role as it is clean but this can only be achieved in Sabah and Sarawak where there is much potential but not in Peninsular Malaysia,” he said.

Besides, Chin said, other sources of energy such as biomass and wind were too minimal while solar was a good potential but the technology was still very expensive.

“Biomass and wind, there is nothing to shout about. Unless and until solar renewable becomes big enough, this type of energy just compliments (what you already have) as you can’t generate much due to its high cost,” he added.

Chin also said the government needed a balanced approach when it comes to renewal energy as it would not want tariffs to go up due to higher cost.

“Everyone wants to say that we want renewables but what about cost? Can we force the people to accept high tariffs? We have to look at a balanced way, that’s why we can’t depend on fossil fuel only,” he said.

Chin added nuclear has become a more prominent choice in balancing the energy source due to lower maintenance cost and lower tariffs in the long-run.

“For example, in Abu Dhabi, they are building huge solar energy plants but [were] at the same time balancing it up with a nuclear plant. They are not just concentrating on fossil fuel,” he said.

Malaysia began operating a 1MW Triga research reactor since 1982 and has an international nuclear safeguards agreement in place since 1972.

Recently, Malaysia also tightened export control laws to thwart the possibility of nuclear technology smuggling. — Bernama”




No comments: