Sunday, March 20, 2011

Saman Ekor sebagai budaya lama

Dari Harakahdaily:

“Pakatan Rakyat hapus saman ekor:  
Mohd Nasir Awang   
BESUT, 20 Mac: PAS sekali lagi mempertegaskan sikapnya membantah keras pelaksanaan saman ekor oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia menyusah dan membebankan rakyat.

Justeru, Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjanji pihaknya akan menghapuskan peraturan saman tersebut sekiranya diberi peluang memerintah negara menerusi pilihan raya umum akan datang.

“Kita isytihar malam ini, kalau Pakatan Rakyat perintah (negara), saman ekor kita hapus. Itu jaminan kita kalau kita perintah,” katanya.

...”


i.

Bila TGHA bercakap tentang kalau Pakatan Rakyat mengambilalih kuasa. maka kita juga teringat akan aspek-aspek berikut ini:

Kita juga begitu mengharapkan supaya segala Kepala yang mengepalainya negara ini lebih setengah abad itu juga diberikan keadilan yang benar-benar adil, mengikut tafsiran dan kehendak undang-undang negara kita. 

Undang-undang kita itu tentunya telah diluruskan semula relnya supaya, ya ― betul-betul adil,  semula.  Undang yang tidak lagi sibuk dengan berapa banyak sperma di dalam lubang dxxxr ITU.  Pentas undang-undang yang tidak lagi menjadi sasaran demonstrasi meminta DNA lelaki itu dan TIDAk para lelaki yang lain-lainnya.

Ya,  segala Kepala yang sudah sekian lama memerah kepala hotaknya berfikir untuk mendahului rakyat jelata dalam segala hal itu,  mestilah diberikan perhatian yang saksama.  Para Kepala yang sarat dengan tradisi membela rakyat, segala Kepala yang sentiasa bersih, cekap dan amanah ― dalam menjarah dan melahap harta negara itu,  tentulah tidak boleh dilupakan.

Ya, tatkala rakyat kecil  yang didapati bersalah kerana mencuri sehelai seluar dalam,  ungu warnanya,  di pasar raya dan tatkala sang konstabel juga dihukum kerana bersalah menerima rasuah, apakah segala para Kepala yang mengepalai bala tentera pemerintah Malaysia sejak kita merdeka itu juga akan diadili? 

Apakah TGHA dan pasukannya dalam Pakatan Rakyat tidak tergamak menyebut hal-hal yang begini kepada khalayak?

Apakah membangkitkan isu-isu sebegini menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat juga cenderung kepada politik membalas dendam?   

Apakah TGHA dan pasukannya berpendapat bahawa undang-undang itu sama seperti dalam banyak hal di negara kita ini, ada set-setnya, juzuk-juzuknya?  Kalau untuk para Kepala,  inilah juzuknya, kalau Mat-Mat Cekkai ini pula set undang-undangnya?  Kalau pencuri kecil-kecilan inilah kitab hukumnya, tapi kalau para Penyamun Tarbus dengan bala tenteranya, ini pula set undang-undangnya?

ii.

Para pemimpin politik, tidak kira yang sedia ada atau pun yang bakal mengambilalih tampuk pemerintahan,  sewajarnya yakin bahawa rakyat rata-rata sangat terdera dan tersiksa dengan aturcara politik yang lama.

Zaman semuanya dan segalanya ditentukan oleh para politikawan secara mutlak dan total semakin pupus, ertinya era para Penyamun Tarbus menentukan ‘ini untuk aku’, ‘itu pula habuan  biniku’ tidak akan kekal lama.







No comments: