Wednesday, April 13, 2011

Mubarak versi kita

Membaca entri berikut dalam laman:

 http://www.sarawakreport.org/2011/04/bomoh-stella-is-robert-geneids-cousin-exclusive-on-mahmud-family-crisis/  bertarikh Tuesday, April 12th, 2011 GMT

dengan tajuk  berita “Bomoh Stella is Robert Geneid’s Cousin – Exclusive on Mahmud Family Crisis!”

mengingatkan kita kepada triler yang kita nonton di pawagam.  Kita juga teringat kepada siri sitcom yang sering ditojoh ke kerongkong rakyat oleh stesen-stesen tivi miliknya gomen atau yang ada kaitannya dengan gomen. 

Seperti biasanya plotnya berkisar sekitar perebutan kuasa, pengaruh, kekayaan, cinta yang pelik-pelik dan watak-wataknya sarat hasad dengki, serakah, tepu muslihat, kebencian dan begitu tamak sekali.  Ini semua bahan yang cukup baik untuk Ramlee Awang Mursyid.  Mungkin juga   Azizi Abdullah boleh menuangnya semula dalam kawin-kawin versinya Sarawak.

Benar, kekayaan mereka begitu melucahkan.  Himpunan rompakan kekayaaan di tengah-tengah kehidupan penuh sengsara rakyat jelata.  Kehidupan para penguasanya yang sudah terlalu menyimpang jauh daripada realiti yang wujud di bumi Sarawak itu. 

Dalam kehidupan itu kita antara lain temui watak-watak, sang “Lebanese Australian Robert Geneid, dan “botoxed Bomoh, Stella.”   Kemudian,  kita juga ada nama-nama seperti Raziah dan lain-lainnya.

Demikianlah kehidupan ini.  Kehidupan yang dipenuhi dengan hakikat yang sangat pelik tapi benar.  Janganlah kita ingat dan fikir bahawa Hosni Mubarak itu hanya wujud di Asia Barat kerana kita juga memiliki  watak-watak yang tidak kurang hebatnya di bumi kita ini.  Silalah ikuti laman di atas…



No comments: