KENAPA? KENAPA? KENAPA?
WAHAI RAKYAT Malaysia BANGKITLAH
Bukan mengenai saya, tetapi mengenai KAMU !!
Mengenai tempat kita tinggal, masyarakat persekitaran kita, mengenai sistem yang sedang berjalan sekarang....
KENAPA jika kamu digigit nyamuk, KAMU berfikir mengenai mencari ubat nyamuk. Kenapa KAMU tiada ada keberanian bertanya kepada pihak perbandaran yang menguruskan persekitaran KAMU!
KENAPA KAMU perlu beli air botol?
KENAPA KAMU perlu menyuling air KAMU di rumah? Adakah bil air yang KAMU bayar dicatat hanya untuk membasuh baju dan hanya untuk mandi sahaja?
KENAPA KAMU tidak dapat air minum dari paip di rumah KAMU?
KENAPA KAMU perlu membayar tol di setiap jalan yang KAMU lalui?
KENAPA sebatang jalan yang baik bukan hak KAMU ?
KENAPA kita perlu ada sekolah swasta? Bukankah sekolah adalah hak asasi setiap orang seperti KAMU?
KENAPA setiap KAMU melihat siaran berita dalam TV atau akhbar, KAMU terpaksa mendengar dan melihat berita palsu dan berita fitnah?
Bukankah maklumat yang sahih itu hak KAMU? KENAPA KAMU perlu membayar untuk mendapat maklumat yang palsu dan fitnah?
KENAPA setiap kali KAMU mendengar berita jenayah dan penganiayaan, kerajaan hanya berkata “masyarakat perlu berhati-hati” kemudian jenayah terus meningkat juga!
KENAPA bila seorang ditangkap tanpa bukti dan tidak dibicarakan, kerajaan berkata itu hak kerajaan untuk menjaga keselamatan dan KAMU hanya perlu akur dan patuh?
KENAPA bila kerajaan membina suatu infrastruktur untuk pembangunan, kerajaan berkata itu projek kerajaan, padahal itu adalah wang dari rakyat? KENAPA KAMU hanya membisu seolah-olah wang itu bukan dari wang KAMU?
Bila kamu tahu rasuah berlaku KENAPA KAMU hanya berkata itu perkara biasa di negara ini. KENAPA KAMU tidak mahu bertindak? Walaupun KAMU percaya pihak berkuasa tidak akan bertindak terhadap aduan KAMU, ― paling kurang aduan kamu dicatat dan masyarakat akan dapat maklumat mengenai rasuah.
KENAPA bila kerajaan membangun suatu projek, kemudian projek itu jadi gajah putih dan terbiar, KAMU hanya berkata itu wang kerajaan dan biar kerajaan sahaja yang tanggung padahal wang yang hangus dari projek itu adalah wang KAMU dan ada pihak yang mengaut keuntungan lumayan dari projek itu yang diambil dari wang KAMU?!
MASALAHnya ialah kerana KAMU menjadi warga yang hanya mengguna logik BEBAL. Iaitu asal KAMU boleh makan, gaji ada, rumah ada .... tanggungjawab KAMU selesai !! Masalah negara, masalah kesan kepada anak cucu KAMU, bukan urusan KAMU.
SUDAH SAMPAI MASANYA KAMU BANGKIT .... LAKUKAN SESUATU ....HANYA BERSUNGUT TIDAK AKAN MENYELESAI MASALAH
Dengan apa yang sedang berlaku kepada NEGARA sekarang, kita tidak memerlukan terlalu banyak pemikir ... apa yang kita perlukan ialah mereka yang berAKSI ....dan berDAYA untukBERBUAT.
Dengan itu KITA BOLEH MERUBAH KEBEJATAN YANG SEDANG MENIMPA MASYARAKAT DAN NEGARA KITA !!
Azmi Abd Hamid.
No comments:
Post a Comment