Thursday, April 14, 2011

Teka teki bernama JAM itu


Sang Rajuna Tapa, Tun Jana Khatib dan budak yang cerdik


“Pada suatu hari semua gundik raja telah berpakat untuk menfitnah anak Sang Rajuna Tapa.  Seorang gundik berkata, “Nampaknya raja lebih menyanyangi anak Sang Rajuna Tapa.  Kita tidak lagi dipedulikan raja.  Oleh sebab itu anak Sang Rajuna Tapa harus dibunuh.”  Gundik-gundik lain bersetuju dengan niat jahat gundik itu.”

Dalam kisah ini anak Sang Rajuna Tapa itu adalah seorang gundik raja...

Satu lagi petikan kisah daripada lembaran cerita Melayu lama, Sejarah Melayu ialah seperti berikut:

Di Negeri Singapura ketika itu terdapat seorang budak yang sangat cerdik.  Budak itu pun mengatasi serangan todak.  Budak itu berkata, “ Mengapakah rakyat berkubukan betis, bukanlah lebih baik mereka berkubukan batang pisang?”

Sementara itu dalam kisah Tun Jana Khatib pula, kita temui kisah episod ini:

“Kejadian itu dilihat oleh Paduka Seri Maharaja.  Banginda sangat murka lalu bertitah, “Tun Jana Khatib sengaja hendak menunjukkan kepandaiannya kepada permaisuri beta.....” Lalu baginda pun menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Tuan Jana Khatib dan memerintahkan pegawai-pegawai menangkapnya.”


ii.

Lihatlah bagaimana penyakit dengki dan rendah diri itu dicatat dalam sejarah alam Melayu.  Dengki dan fitnah adalah penyakit manusia yang sentiasa membawa bencana.    

Kita sedang menyaksikan bagaimana penyakit itu sedang mambakar kita semua.  Mereka sibuk bercakap tentang jam itu...

Sementara Rakyat nan Jelata penat berfikir bagaimana mahu melunaskan hutang dan menyediakan sesuap nasi di atas meja untuk anak-anak yang lapar.

Dan orang-orang itu sibuk sekali mencari asal usul jam itu.   Sungguh sial kamu-kamu semua ― para pencipta teka teki JAM itu.


_________________________

Kisah dipetik daripada “Cerita-Cerita Teladan daripada Sejarah Melayu”  Oleh Subadrah Nair, IBS Buku Sdn. Bhd. Petaling Jaya. 2003.