Friday, May 27, 2011

Apa kata Ku LI

Siasah (diwakili MSO) edisi mutakhir, bilangan 0266, 27 Mei – 2 Jun 2011 telah menemubual Tengku Razaleigh Hamzah. Kita petik beberapa pandangan yang menarik untuk renungan bersama.

Pas, kuasa dan rakyat

“ Dan banyak yang bersama dengan Pas kerana jiwanya Islam dan melihat kekotoran (dari persepsi) pemimpin Umno dari segi kelakuan, rasuah, pendek kata apa yang dipandang jijik itu tidak dapat dihapuskan dari segi pandangan orang yang mahu melihat keadaan yang baik.

Itu sebab dia pilih Pas kerana mereka belum tengok lagi keburukan Pas, sebab Pas belum berkuasa, mungkin kalau Pas sudah berkuasa ia lebih buruk (ketawa).  Tetapi nampaknya kesederhanaan pemimpin Pas itu boleh masuk bersama rakyat, pakaian, kehidupan mereka tak berbeza dengan orang biasa, kerana mereka datang dari orang biasa, jadi boleh bercampur dengan orang biasa.“

Tingkah anak-anak muda Dayak dan Melanau dalam PRK Sibu

“Kata orang, banyak orang Dayak dan Melanau yang dulunya kuat menyokong BN berpaling tadah walaupun diberi duit, ada diberi RM 700, RM 500, ini ceritalah, untuk menyokong BN, sehari sebelum mengundi mereka pergi ke pejabat PBB dan BN serah balik duit kerana yang muda-muda berpendapat ini adalah kepentingan diri dan masa depan mereka tidak boleh dibeli dengan RM 500 atau RM 700.  Barangkali ibu bapa mereka yang tak dapat pelajaran dan pendedahan masih menerima RM 500 atau RM 700 sebagai upah, tetapi orang muda ini tidak terima maruah mereka tergadai.”

Sentuhan Mahathir dalam bersempadan semula

Dr. Mahathir, sebagai reaksi sebagai reaksi tindakan rakyat telah menyusun semula kedudukan pengundi di kawasan-kawasan pilihan raya apabila dilakukan persempadanan semula, pindah banyak kawasan majoriti Melayu dengan memasukkan Cina yang ramai. 

Contohnya di Shah Alam...

MSO: Jadi dia terperangkap balik dengan apa yang telah dibuat?

Ya, jelas!  Sama juga apabila Mahathir kata tambah kerusi di negeri-negeri yang BN berkuasa, di Johor, Perak ini banyak Cina dia tak fikir masa depan, dia tak bagi kepada Kelantan, Kedah pada hal penting, dia tidak fikir politik sebab negeri ini suara Melayu, hilanglah suara Melayu di Parlimen sebab dia menambah kerusi di negeri-negeri yang ramai Cina. Tambahan kerusi di Sarawak, 31 di Sabah 25 kerusi Parlimen.  Ini tidak balance jadi penyertaan perwakilan mereka ini di Parlimen sudah berat sebelah.  Di sini saya katakan taste blood, 2008 tadi.    

Untuk ikuti lebih lanjut pandangan Ku Li ini, sila dapatkan naskhah Siasah anda.


No comments: