Wednesday, May 11, 2011

Bangkitlah, jangan tak bangkit!


Sumber: Detikdaily

Judin belum terima tawaran ke CIDB; Mahfuz minta menteri jelaskan


Posted on Tuesday, May 10 @ 05:54:01 PDT by paktam
Oleh ABD RAHIM SABRI

Kerajaan digesa memberi penjelasan kerajaan berhubung pertukaran ketua pengarah Kerja Raya Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim menjadi ketua pengarah eksekutif (CEO) Lembaga Pembangunan inaan Malaysia (CIDB).

Ketika membuat gesaan tersebut, ahli parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar ingin tahu sama ada pertukaran tersebut ada kaitan dengan pelaksanaan projek Istana Negara atau atas kehendak menteri atau pihak lain yang didakwa tidak gembira dengan ketegasan Judin.
"Pertukaran itu perlu diperjelaskan oleh menteri kerja raya atau ketua setiausaha kerana ia satu pertukaran yang pelik.

"Beliau bertaraf jawatan turus 3 yang setanding (pangkat) dengan ketua pengarah pelajaran, ketua pengarah jabatan perkhidmatan awam (JPA) dan ketua polis negara.

"Beliau ditukarkan menjadi CEO CIDB, sebuah agensi di bawah kementerian kerja raya, sedangkan ketua jawatan ketua pengarah CIDB bertaraf JUSA A," katanya.

Bercakap dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu, Mahfuz mendakwa pertukaran yang disifatkannya sebagai "turun pangkat itu tidak pernah berlaku" dalam Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum ini.

Sehubungan itu, Mahfuz yang juga naib presiden PAS berkata sekiranya Judin didakwa mempunyai kes antaranya dakwaan rasuah, maka tindakan perlu diambil ke atasnya.

Mahfuz berkata Dr Judin dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan mendakwa "tidak ada surat yang membatalkan" pelantikan tersebut.

"Jadi ketua pengarah kerja raya, ada dua (orang). Sehingga sekarang saya difahamkan Dr Judin masih belum menandatangani (menjadi CEO) CIDB," katanya.

Mahfuz mendakwa setakat jam 11 pagi ini, Dr Judin masih masuk ke pejabat di kementerian itu.

Beliau yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah, mendakwa JPA juga tidak mengetahui berhubung pertukaran Dr Judin yang akan tamat kontraknya tiga tahun lagi.

Akhir bulan lalu, dilaporkan tempat Dr Judin digantikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II, Datuk Mohd Noor Yaacob, berkuatkuasa 1 Mei.

Mohd Noor menggantikan Dr Judin yang dilantik ketua eksekutif CIDB bermula tarikh sama.

_________________________

Apa yang berlaku ini boleh dijadikan ikhtibar oleh seluruh rakyat Malaysia:

Pola tindakan atau modus operandi telah berpuluh-puluh tahun diamalkan oleh sebuah pemerintah Umno/BN dan segala kerja buat begini sebenarnya TIDAK PERNAH diketahui rakyat Malaysia selama ini, kecuali oleh mereka yang sangat hampir dengan sesuatu peristiwa itu. 

Jidinisme yang tidak digemari oleh Sang Pneguasa akan dipindahkan ke Jabatan/posisi  lain dan pada kebiasaannya Jidinisme akan patuh dengan hati yang amat luka ― lagi terhina sekali.  Dia dihukum kerana mempertahankan bastionnya sebagai seorang profesional tulen@taqwa.  Dia bukan Pak Turut yang akur dan tunduk kepada  taring Sang Pemerintah yang zalim itu.

Dalam konteks Jidinisme ini,  ada sesuatu yang cukup luar lebih luar biasa:  Jika yang dilaporkan di atas itu tepat, Jidinisme ini telah diturunkan pangkat! Bayangkan apa yang telah berlaku kepada seluruh sistem pentadbiran awam kita, kepada sebuah Jabatan teknikal yang paling kanan dalam negara ini!? 

Bayangkan permusuhan yang bakal berlaku dalam sebuah Jabatan akibat tindakan mahu memuaskan nafsu serakah sesetengah kelompok masyarakat itu.  Jabatan rosak binasa kerana nafsu telah menguasai fikiran yang waras.    

Ini perlu diketahui oleh rakyat jelata semua.  Rakyat perlu tahu bagaimana Sang Pemerintah itu memusnahkan sistem yang ada, sistem yang sekian lama dibina itu dihancur-leburkan oleh Sang Pemerintah itu asalkan matlamat Sang Pemerintah itu tercapai. 

Itulah yang dikerjakan oleh seorang mantan yang tidak mahu-mahu jadi mantan kepada sistem kehakiman, kepolisian dll.  Sekarang ini penyakit itu telah merebak ke seluruh sistem yang ada.

Lihatlah betapa celakanya nafsu itu!  

Lihatlah bagaimana seorang pesara terlebih had usianya diangkat menjadi KP walaupun perbuatan itu diprotes semahu-mahunya oleh Kesatuan Sekerja institusi tersebut, namun kerana orang ini adalah orang pilihan Sang Penguasa itu, dia tetap tercokoh walaupun ini semua menyalahi peraturan.

Rakyat Malaysia ―seperti biasa ― membiarkan semua ini terus saja berlaku dan ― berlalu di depan mata mereka kerana mungkin berpendapat bahawa itu semua bukanlah urusan mereka.   Bayangkanlah jika sikap ini berterusan, Sanga Penguasa itu semakin diberikan galakan supaya terus-terusan menjadi semakin ganas dengan pelbagai tindakan Jidinisme yang terbaru. 

Ini semua terjadi kerana kita telah membiarkannya berlaku.

Tuan juga mahu membiarkan Jidinisme (perbuatan salah guna kuasa yang zalim lagi tidak berhati perut ) ini beterusan?

ii.

Kita bersyukur kerana Datuk Mahfuz telah mengangkat isu perbuatan Jidinisme terbaru ini.  Syukurlah Dr. Dzul juga bercakap tentang isu ini.

Ya, betul,  Sang pemerintah itu harus tampil untuk memberikan penjelasan. 


1 comment:

Anonymous said...

Apa kabar SPRM dan Kastam?