Sumber: Malaysiakini
May 11, 11 8:17am
Docs:
Last year, Utusan was used to spread religious hatred on the 'Herald/Allah' issue. That lead to protesters getting out of hand, resulting in church burning, international condemnation for Umno and lost investor confidence in Malaysia.
PAS supported the Herald and 'Allah' usage among the Christians, but the Malay voters exodus to Umno did not happen.
Round two:
Round two:
The stamping of the Malay Bible issue was again brought up by Utusan to spread religious discontent and to unite the Malays under Umno. Unfortunately, this led to the awakening of the Sarawak people, resulting in a poor showing by BN in the recent state election.
Again PAS supported the distribution of the Malay Bible.
Round three:
Round three:
Both the Christian state and Christian PM issues are brought up by, yes, Utusan again, to spread religious discontent and unite the Malays under Umno. PAS says it is not wrong for a non-Muslim to become PM if the individual is worthy.
Still no exodus of Malays to Umno.
I think we can rest assure that either the Umno leadership is dumb or it just can't learn from its mistakes.
I think we can rest assure that either the Umno leadership is dumb or it just can't learn from its mistakes.
______________________________________
Di atas adalah contoh yang paling nyata bagaimana, rata-rata rakyat negara tercinta ini melihat seluruh lakonan opera yang dibentang oleh Umno selama ini. Tema operanya tetap sama saja cuma versinya saja yang diubahsuai, dipinda sana dan sini.
Ya, temanya ialah tentang Melayu dan Islam yang sangat terancam di negara ini, semuanya disusun dan pentaskan, bersilih ganti.
Umno tersangat pening melihat kenapakah rumus menabur benih-benih kebencian ini tidak juga mahu menjadi ― malah semakin hari, rakyat semakin sinis dan bertambah marah.
ii.
Penutup oleh pembaca Doc ini dengan kata-kata bahawa baginya terdapat dua telahan yang dapat dibaca berhubung sikap kepimpinan Umno ini:
Sama ada para pemimpin tertinggi Umno ini dungu-dungu belaka atau mungkin juga mereka ini tidak pernah belajar apa-apa daripada siri-siri kesalahannya yang lalu.
Demikianlah harapan, seruan, laungan rakyat jelata semua: Wahai Umno, berubahlah kamu! Demi masa depan negara yang sangat permai yang tercinta ini: Berubahlah!!
iii.
Apakah tuan benar-benar fikir bahawa Umno itu tidak ingin berubah? Walaupun mereka sangat teringin untuk berubah, rasanya terlalu sukar pula untuk mencari cara dan kaedahnya ― cara yang terbaik dan yang paling selamat untuk mereka berbuat demikian.
Peribahasa popular ‘telan mati emak, luah mati bapa’ belum mencukupi untuk menceritakan berapa serabut masalah alias predicament mereka. Luah, telan, kulum, kunyah sama saja kerana semuanya begitu memudharatkan mereka.
Jangan lupa telah lebih setengah abad mereka bergelumang dengan segala macam tahi dan najis yang hanyir. Tidak ada siapa lagi yang tidak terpalit.
Dalam keadaan sedemikian, apakah mudah untuknya berubah?
iv.
Syukurlah walaupun kita telah diadu-domba dan diapi-apikan supaya memusuhi satu sama lain, kita semua masih lagi cukup waras@sober dan negara ini terselamat dari pertumpahan darah dan kacau bilau.
Syukurlah kerana kewujudan teknologi dan prasarana komunikasi yang relatif lebih canggih, kita mampu menyampaikan buah fikiran, pandangan dan kritikan kita dengan lebih TERBUKA, mudah, cepat dan berkesan.
Maka akibatnya, semua ini membuat kerja-kerja putar belit, tipu menipu walaupun dirancang dan terancang tak lagi berkesan.
v.
Apakah benar adalah tidak mungkin untuk Umno berubah?
Is it virtually impossible for you (Umno) to change?